Cucur Kelapa Cicah Sambal Tumis Sajian Alas Perut
Malam Sabtu lepas, berlangsungnya pembukaan rasmi Temasya Sukan SEA di Stadium Bukit Jalil dengan penuh gilang gemilang sekali. Kami cuma menontonnya sekeluarga di rumah melalui Astro Arena HD. Memang grand sangat kan, dan bangga sungguh dengan kejayaan atlet-atlet tanahair berjuang mengharumkan nama negara. Tengah syok layan rancangan tu, suami bisik kat ana, lapar la pulak..adoi...nak masak mood dah ke Sukan SEA..
Ana masuk dapur hadap kabinet, tengok apa yang boleh dijadikan menu ringkas malam kami.Ada tepung gandum dalam balang, ada kelapa parut dalam freezer. So..kita buat cucur kelapa, dan kebetulan ada sambal tumis lebihan tengahari tadi, kita cicah je sambal tumis petai. Ana pun ke dapur dan mencucurkan kelapa kita untuk dinner malam ni.
Cucur kelapa ni senang sangat nak buat, resepi dan bahannya sama macam kita masak lempeng, cuma untuk cucur kita perlu keraskan sedikit adunan tepungnya. Ana cuma bancuhkan tepung gandum, sedikit garam, kelapa parut dan gaulkan dengan air sehingga adunan boleh di sudukan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorenglah sesudu demi sesudu. Angkat dan toskan minyaknya. Sedap juga di makan dengan cicah sambal tumis atau pun cicah gula sahaja. Ermm..ni sebenarnya resepi kegemaran arwah ibu saudara ana ketika kami kecil-kecil dahulu. Kena pula dengan kopi O, memang heaven.
11 Comments
Assalamualaikum Wrmbth
ReplyDeleteApa khabar & salam isnin yang ceria ana jingga
jompot hampas ni
Saya suka makan goreng bagi garing
Memang rangup
Makan dengan sambal
Meleleh air liur
Hehe
waalaikumsalam Mazni, tapi kak ana tak buat dengan hampas kelapa tau, guna kelapa parut je hihi :)
DeleteKalau kak cicah gula saja. Sedap makan panas2.
ReplyDeletesedap juga tu Kak Mala, cicah gula kan :)
DeleteKawan kan pula dengan teh panas. Fuh memang terangkat!
ReplyDeletehaha memang kena dah tu Khadeejah :)
DeleteYa Allah kenangan betul. Masa kecik2 dulu selalu mkn tapi versi manis...sedap jgk
ReplyDeleteYa Nur Sabrina, memang menu nostalgia kan :) Boleh je versi manis atau nak pedas cicah sambal tumis :)
DeleteMak aii ada petai tu kak ana..dapnyer lama tak mkn sambal.petai huhuu
ReplyDeletekan Lya, menggoda sungguh si petai tu kan :)
Deleteqweeeeee
ReplyDelete