Cuka - Petua Elakkan Kucing Berak Merata Halaman

by - Wednesday, August 16, 2017

Sebelum ini ana pernah terbitkan satu petua yang agak menjadi jugalah mengenai mengelakkan kucing berak merata tempat di SINI . Tapi kan, kali ini ana dapat satu lagi petua yang nampak berkesan kejadiannya di halaman rumah jiran ana sendiri. Jiran ana ni berbangsa Cina dan kami memang okay je berjiran tetangga. Baik keluarga mereka ni dan kami saling menghormati. 

Cuma baru-baru ni, ada lah jiran baru berpindah masuk ke lorong kami ni. Tak lah baru sangat dah berbulan juga lah. Depa ni ada bela kucing gebu geban tu, masalahnya tak berkurung atau berjaga sepenuhnya. Di biarkan berkeliaran di halaman rumah jiran-jiran ni. Pada ana memang tak kisah sangat sekadar dia duk lepak di porch tak buat kotor, okay je pada ana. Tapi yang jadi masalah bila kucing ni macam bawa geng la duk melepak depan pagar rumah jiran Cina kami ni. Dan jiran ni mula merungut bila geng-geng bulus ni poopoo kat depan pagar dia :)




Tapi apa yang ana nak kongsikan dengan korang semua, bukan kisah jiran tapi petua yang dia gunakan untuk mengelakkan kucing-kucing ni berak di halaman rumahnya. Petang tu, isterinya sedang sibuk lah renjiskan sebotol cuka masakan di sepanjang hadapan laman rumahnya. Ana pun dekatinya dan bertanya, untuk apa ni tuang cuka, dia bagitau kawan-kawan Cina dia bagi petua ni untuk halau kucing berak kat situ. Tuu diaa, satu botol besar cuka di renjis, bau dia punya lah kuat. Dia sempat lah cakap, sorry ya, dia punya bau sikit kuat nanti you tak selesa. Ana bagitau dia, tak apa sekejap sahaja bau dia lagipun dalam rumah tak boleh bau. 



Tak kira lah jenama cuka apa pun yang korang nak gunakan, tapi memang berhasil. Dah dekat dua tiga minggu sebelum entri ni terbit, dah tak ada kucing duk poopoo kat halaman rumah dia dah. Tapi kannn...depa duk poopoo kat atas rumput rumah ana pulak dah..huhu. Suami pun apa lagi , pi capai cuka kat dapur renjis pula atas rumput halaman kami. Yess!! Tak ada dah poopoo depa kat situ. Berjaya!!! Harap kekal lah depa tak mai poopoo walaupun ada je ana nampak anak-anak bulus ni lepak kat luar laman tapi dah tak melepas hajat area rumah ana dan jiran. Okay lah kan..bumi Allah ni luas, bukan kita sahaja yang menghuninya dengan bebas. 

Jadi ana kongsikan disini satu lagi petua untuk elakkan kucing berak di halaman dengan merenjiskan cuka masakan. Mula-mula bau dia memang kuat terik tapi lama-lama hilang dan mungkin bau ni hanya dihidu oleh cik miaw dalam jangka masa yang lama. Cuba kay, petua ni tak menyakiti kucing tu pun, sekadar mengelakkannya sahaja dari  mengotori halaman dengan bau yang memang tak menyenangkan langsung. 

Kredit foto-foto dari Google Image.

You May Also Like

16 comments

  1. Replies
    1. semoga bermanfaat buat semua NH :)

      Delete
  2. Replies
    1. cuba lah Azie, kami dah cuba dan berkesan nampaknya sehingga hari ini :)

      Delete
  3. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar & salam pagi rabu sis ana jingga

    Tapi kan ana

    bukan ke kalau sembur cuka pada rumput

    mati rumput tu nanti

    Ada dapat petua racun rumput organik

    cuka campur sabun pinggan

    habis mati rumput tu sampai akar

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Mazni, ni renjis kan sahaja pada rumput sahaja dan elok je rumput tu sampai sekarang tapi kucing dah tak poopoo sana :)

      Delete
  4. Wow boleh cuba ni. Tak tahan bau najis kucing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah Khadeejah tapi bau cuka tu mula-mula memang terik sangat :)

      Delete
  5. mcm mcm tips boleh guna. berjaya atau tak je kan kak ana. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Yui, tak salah mencuba kan, sebab kucing bukan ada akal kita lah kena berfikir untuk mengatasinya :)

      Delete
  6. tips yang bgus ni ada buatkan jugak untuk dalam rumah kucing kencing sokmo.. menjadi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba ekin cuma tu la,bau cuka ni bila direnjis kuat sgt, tapi lama-lama di hilang nanti :)

      Delete
  7. Boleh try nanti. Sebab selalu ada kucing2 jiran ni berak merata. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah nani ye ,semoga berkesan :)

      Delete
  8. Yang kat rumah ni pula asyik pancut kencing dalam rumah. Sudah lah musim hujan. Habis kena basuh kusyen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu tengah miang kucing tu kan Kak Mala, cuba kak mala try petua ni :)

      Delete