Rezeki Keropok Lekor Dari Trengganu

by - Saturday, October 21, 2017

Tak sah kalau ke Pantai Timur tak jamah dan membeli keropok lekor kan , nak-nak lagi kalau ke Trengganu yang memei tersoho dengan kepok lekor nya. Dan yang paling popular dan wajib beli ialah keropok lekor losong tu. Rezeki ana minggu lepas bila jiran kami, Man memberikan keropok lekor yang masih suam-suam panas di goreng dari Kuala Trengganu kepada kami sekeluarga. Man kata, panas lagi ni kak, dah siap goreng dari Ganu, kalau sejuk panaskan seketika dalam microwave.

Bila ana buka bungkusan nya masih suam-suam lagi. Mungkin kerana ia dibungkus panas-panas dalam balutan plastik dan di alas dengan surat khabar lama ketat-ketat, membuatkan haba panas masih terperangkap di dalam nya. Memang benar, ketika ana ke Trengganu beberapa tahun lepas juga, kami pernah membeli keropok lekor dan sampai ke rumah, masih panas suam lagi. 


Sesuatu yang uniknya keropok lekor yang sering di beli terus dari Trengganu ni, memang lembut sangat bila di makan. Suami ana kata, ini namanya keropok lekor rebus. Entah lah ana ni pandai makan je, tapi memang berlainan sungguh rasanya dengan yang selalu kita beli di pasar malam tu. Ana, dah serik nak goreng keropok lekor gebu-gebu ni di rumah, kerana ada sekali tu, bila di goreng, bukan main gebu geban di kembong dan tiba-tiba....bomm!! Meletop terpercik ke muka ana. Allahu..berhari sakitnya. Sejak tu serik dah..fobia . Selalu kami beli je yang dah siap di goreng di pasar tani sahaja. Kalau keropok nipis tu, no problem, boleh je ana goreng sendiri di rumah.


Keropok ni ada pelbagai jenis kan, ada yang putih tu selalunya lembut dan sedap sangat. Kalau nak belajar jenis dan nama keropok ni kena tanya orang pantai timur lah, depa lebih pakar. Ana ni pakar makan je hihi. Man juga turut memberi kami keropok halus-halus macam di dalam gambar di atas tu. Sedap , goreng sampai garing makan krup krup je sebagai kudapan. 

Turut di berikannya juga sebotol colek jenama Kelulut 008. Colek pantai timur ni lain dari sos cili. Colek dia manis-manis sikit dan memang kena di makan dengan keropok. Tiba-tiba teringat colek ayam makan waktu bulan puasa yang lepas. Memang sedap sangat. 

Kami sungguh bertuah hidup berjiran dalam komuniti di sini. Kami selalu bertukar juadah dan buah tangan bila ada rezeki yang dikongsi bersama. Alhamdulillah..dan Man bersama isterinya Ida, memang selalu sangat belanja kami macam-macam. Semoga Man suami isteri sentiasa di dalam Rahmat Allah swt, di kurniakan kesihatan dan pahala yang berpanjangan...Aamiin. 

You May Also Like

6 comments

  1. keropok terengganu mmg sedap... saya suka keropok losong terengganu berbanding kat kelantan... Allahamdulillah rezeki sis tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ya betul sangat tu, kepok Ganu memei sedak kan :)

      Delete
  2. balik kampung baru ni pun xsempat sgt makn..dan beli 1 kali..tu pon tgk2 plastik dh kosong..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Sha ore Ganu, mesti selalu makang kepok Ganu kan :)

      Delete
  3. Saya pun suka sangat keropok lekor Terengganu..
    Terasa ikan dia berbanding keropok lekor yang dijual di pasar malam kat sini, banyak tepung dari isi ikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah LZ tu lah dia, memang terasa ikang nya berbanding dengan kepok pasar malam yang kita beli di sini :)

      Delete