Tanaman Dalam Pasu- Menfaatkan Setiap Ruang Yang Ada

Dah jiwa kampung lah katakan, bila usia kian meningkat jiwa kian kembali ke persekitaran di kampung semula. Aktiviti bercucuk tanam yang sinonim dengan jiwa kampung kami. Mempunyai minat yang sama seperti ana dan suami bertani dalam bandar bak kata wartawan Harian Metro dalam artikelnya tentang kisah ana berkebun entrinya di SINI , sepupu yang juga bff ana , Intan dan suaminya Salleh juga mempunyai hobi yang sama berkebun. Kalau ana bertanam di halaman belakang rumah, Intan dan Salleh lebih unik untuk ana kongsikan disini kerana mereka berkebun di dalam pasu sahaja di keliling rumah.




Tanaman dalam pasu 

Mendiami rumah setingkat lot tepi menjadikan bonus buat mereka suami isteri memanfaatkan setiap ruang yang ada dengan mengatur pasu-pasu yang subur dengan tanaman pokok bunga mahupun sayuran dan herba. Dah lama dah ana nak ke rumah Intan Salleh yang tak lah jauh mana pun dengan rumah ana, satu daerah lebih kurang, cuma kekangan waktu yang membatasinya. Minggu lepas ketika cuti Thaipusam, ana dan suami ke rumah Intan Salleh,sambil nak menziarahinya yang demam dua tiga hari dah tak sihat. Sampai turun kereta je, terkasima kejap melihat kesuburan dan keindahan pokok dalam pasu di keliling dinding tepi rumah Intan.




Cuba korang tengok tu, berderet pasu-pasu di tepi dinding dan di atas longkang rumah yang di alas Salleh terlebih dahulu agar tidak mengganggu aliran airnya. Nampak sejuk mata memandang kan dengan pelbagai jenis keladi berwarna-warni , pokok puding , bunga-bunga dan yang paling menarik perhatian ialah tanaman sayuran dan herba. Subur menjadi..Alhamdulillah.








Dari pokok-pokok bunga, sampailah ke pokok cili, cili api, limau kasturi, limau purut, terung, tomato dan segala neka ada di tanam oleh pasangan Intan & Salleh ni. Kata Intan,Salleh yang rajin mengadap pokok-pokoknya setiap kali balik dari kerja. Ana sempat juga bertanya, mana mereka dapat benih tananam ni? Kebanyakannya mereka beli dari nurseri Sungai Buloh dan ada juga dari semaian anak benih dari kedai Eco... alaaa kedai RM2 tu. Erm... korang percaya lah , boleh je semai benih dan menjadi juga tanaman dari benih yang di beli dari kedai Eco tu.




Ana pun bercadang nak cuba juga tanam benih terung panjang ni, bukan apa, sebelum ni ana ke kedai runcit Acheh bila timbang sebiji tu berharga RM2, Ambik kau, mahal ya amat kan. Kalau kita tanam sendiri nak pakai sebiji dua tu cukup lah untuk sekali masak buat keluarga kecil kami ni. Semangat nii nak tanam terung haha 😉😉










Tak rugi berbudi pada tanah ni, hasilnya akan dapat kita nikmati dengan penuh kegembiraan hasil tanaman titik peluh kita sendiri. Namun tak semua orang ada minat macam kami ni, lain orang lain kelebihan yang Allah swt berikan. Pada yang mempunyai keinginan dan minat dalam bercucuk tanam ni, gunakan segala ruang dan peluang yang ada, teroka dan kreatif , usahakan dengan penuh kesungguhan, nescaya akan mendapat satu nikmat kepuasan, In Shaa Allah.







Tanaman Dalam Pasu- Menfaatkan Setiap Ruang Yang Ada Tanaman Dalam Pasu- Menfaatkan Setiap Ruang Yang Ada Reviewed by Ana Jingga on February 07, 2018 Rating: 5

12 comments:

  1. ni la impian aida, AJ. kat rumah lagi satu.
    nak la ada pokok2 spt pokok cili padi, daun kesum, terung, limau kasturi, bendi...
    semua tu asas masakan kita kan.
    rumah sekarang ni, takde tempat. rumah tgh. laman pun da selamat disimenkan :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dari Maznee, ana pun boleh dapat jari hijau (green finger) kalau rajin bercucuk tanam ni.

    ReplyDelete
  3. Hebat...nanti share tanaman kak ana dengan husband pulak ye. Cantik dan bersih kebun diorang. Geram tengok tomato bulat tu

    ReplyDelete
  4. Memang minat nak bercucuk tanam tanam pokok ni.

    Tapi setakat ni apa yang di tanam semua tak hidup. Agaknya tak ada bakat

    Nak kena caril ilmu tanam pokok pula

    ReplyDelete
  5. bestnyer tanaman dia semua menjadi...tangan sejuk orang ckp..kite nak tanam2 camni, balkoni tu plak ngam2 pokok pasu kaktus yg kecik2 tu jer..huhu

    ReplyDelete
  6. Wah Urban farming...nk Cuba buat Kat Umah jugak la...insyaallah....

    ReplyDelete
  7. Menariknya semua tanaman tak kira pokok bunga dan sayuran pun semua ada.

    ReplyDelete
  8. Paling seronok bila dapat hasilnya tu kan kak Ana :)

    ReplyDelete
  9. Suka tenguk.
    Sejuk mata memandang.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.