Bahan-bahan:
2 s/t yis mauripan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum @ boleh tambah ,ikut adunan semasa menguli sehingga tidak melekat
2 s/t gula
secubit garam
1 s/t mentega

Caranya: 
campurkan bahan cecair susu,air dan yis
masukkan gula,garam dan mentega
ayak dan masukkan tepung- uli sehingga doh tidak melekat.boleh tambah tepung sedikit demi sedikit
bulatkan doh dan rehatkan lebih kurang 1 jam @ hingga naik sekali ganda
canai dan potong dengan acuan donut
rehatkan sekali lagi dalam 30 minit
goreng dengan api perlahan
toskan dan sadur dengan gula yang dimesin halus.
contoh acuan donut


2 Comments