Resepi Tepung Bungkus

Resepi kuih tradisional ini amat mudah untuk disediakan.Mungkin dah ramai genarasi sekarang jarang melihat atau merasa kuih ini lagi.So disini ana kongsikan resepi tradisi ini dan cara-cara nak menyediakannya.





Untuk intinya:
seperti lazim resepi inti tradisional melayu bahan-bahannya ialah:
kelapa parut
gula merah 
daun pandan
-ikut sukatan masing-masing nak buat banyak manapun.
-campurkan kesemua bahan dan masak atas api perlahan.
-sejukkan.

Untuk bahan kuih:
2 cawan tepung beras
4 cawan santan kelapa
secubit garam
daun pisang yang dilayurkan atas api dan dipotong untuk membungkus
- masak santan dengan tepung beras atas api perlahan sehingga mendidih dan pekat.
-isi ke dalam daun pisang ,letakkan inti dan tutup diatasnya dengan adunan kuih sekali lagi.
- lipat daun pisang seperti membungkus lepat.
-kukus 15-20 minit.
-dah siap....

Resepi Tepung Bungkus Resepi Tepung Bungkus Reviewed by Ana Jingga on October 21, 2012 Rating: 5

2 comments:

  1. ada sedikit kekurangan disitu..inti sepatutnya di balut nipis dengan tepung pulut. Ini pengalamn sy mmbantu mak membuat tepung bungkus..:)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.