Ana pasti dah ramai blogger dah update entri Drama Cinta Qaseh ni,cuma disini ana postkan juga untuk kenang-kenangan antara slot drama-drama yang pernah ana ikuti sirinya di televisyen.Drama bersiri 13 episod ini disiarkan dalam slot Lestari setiap Selasa di TV3 jam 9.00 malam.Membariskan pelakon-pelakon popular masa kini seperti Wawa Zainal (Qaseh),Shahrizal Jaszle (Arash),Adi Putra (Wahyu) dan Alfaeza Ulhaq(Erin) disamping pelakon pembantu lain Aznah Hamid,Maimun Mutalib dan lain-lain lagi.

Wawa Zainal (Qaseh)
Adi Putra (Wahyu)
Shahrizal Jaszle(Arash)
Sinopsis kisah cinta Qaseh dan Arash bermula di Agra,India bersaksikan monumen Taj Mahal yang akhirnya terpisah apabila masing-masing pulang ke tanahair.Qaseh dijodohkan keluarganya dengan Wahyu namun di dalam hatinya masih menyintai Arash sehingga mereka dipertemukan semula di hospital setelah Arash mengalami kemalangan dan dirawat oleh Qaseh sendiri...Dalam diam kawan baik Qaseh,Erin turut menaruh hati pada Arash sehingga meretakkan hubungan rumahtangga Wahyu dan Qaseh.Qaseh mendapat kemalangan jalan raya dan hilang ingatan dimana Wahyu telah meminta Arash untuk membantu memulihkan semula ingatan Qaseh dengan mereka kembali ke Agra.Episod akhir di tayangkan pada 2 April lepas mengisahkan Qaseh pulih semula ingatannya semasa berada di India,Wahyu merasakan Arash yang lebih berhak memiliki cinta Qaseh namun Qaseh telah memilih Wahyu sebagai suaminya semula....Tinggallah Arash sendirian....

Lagu OST Drama Cinta Qaseh oleh Nubhan dan Mila dari Youtube (ShamAfro)

Antara foto-foto menarik dari Drama Cinta Qaseh:







Terima kasih untuk foto-foto dari rakan blogger http://edtv-zahidizakariya.blogspot.com/2013/03/sinopsis-episod-akhir-drama-cinta-qaseh.html dan http://admya.blogspot.com/2012/10/cinta-qaseh-slot-lestary-akan-datang.html


5 Comments

  1. yeayyy..anna pon dok layan jugak gambar ni..

    ReplyDelete
  2. follow jugak drama ni....boleh tahan la jugak....mggu lepas x ada kan sebab pak najib bagi speech...last yang si Qaseeh tu eksiden ke apa ntah..:)

    ReplyDelete
  3. no bad la citer ni...tpi sakit ati.. hihi

    ReplyDelete
  4. Oklah, cuma KA x brp nak follow but neway dah follow sini hehehe 271

    ReplyDelete