Resepi asal dari laman blog rakan blogger ana ubah suai ikut bahan mana yang ada di dapur kecilku...dari segi hiasan memang tahap amatur sangat-sangat tapi Alhamdulillah rasa menepati citarasa adik beradik dan anak-anak di pagi Aidil Adha nan lalu...

Bahan-bahan kek lobak merah:

2 1/2 cawan lobak merah - diparut halus
2 cawan tepung kek (naik sendiri)
1 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (jika tiadapun ok cuma kurang aromanya)
4 biji telur Gred A
1 1/2 cawan gula halus atau brown sugar
1 cawan minyak sayur (ana gantikan minyak masak sahaja)
1 sudu besar susu pekat manis

- panaskan oven dan griskan loyang dengan mentega dan tepung..
- ayak bersama tepung kek,baking soda,baking powder,garam dan serbuk kayu manis.
- pukul telur hingga kembang.
-masukkan gula pukul lagi kemudian masukkan susu pekat manis diikuti minyak masak sehingga kembang.
- masukkan bahan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit hingga sebati.
- masukkan parutan lobak dan kacau dengan spatula sahaja.
- bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak..suhu oven 180`C

Untuk topping cream cheesenya:

250g cream cheese
1/2 cawan butter 
2 cawan gula icing
sedikit perahan lemon.

- gaul dan pukul rata semua bahan hingga kembang dan perahkan sedikit jus lemon untuk rasa masamnya..
- bila kek sejuk barulah disapukan topping ke atas kek tersebut.


8 Comments

  1. nyum2....YM pun sukaaa kek lobak...sedap sungguh!;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan YaYaNsMum... terima kasih singgah sini..

      Delete
  2. saya tak pernah buat kek langsung hehehe.. penah buat kuih raya skali da siap keras mcm batu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liza sayang: masing2 ada kelebihan yang Allah berikan ..cuba lagi satu hari nanti mesti boleh buat..

      Delete
  3. wah, nampak sedap ni, mama boleh cuba resepi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama lagi terre kan... macam2 resepi dah cuba...

      Delete
  4. erm.. x prnah lg bt kek carrot.. boleh try ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lilynn : cuba lah senang dan ringkas sahaja..Insyaa Allah boleh jadi..

      Delete