Homemade Coklat
Coklat ni ana sediakan untuk jamuan akhir tahun kelas anak bongsu , mereka buat jamuan dengan konsep potluck...oleh kerana malas dah nak membaking ana tukar pada homemade coklat yang mana sebelum ni ana buat untuk karnival hari kantin sekolah dan ramai kawan-kawan anak yang tak sempat nak beli sebab habis di jual...

Bersempena cuti sekolah dah bermula ni...ana nak kongsi cara-cara buat basic chocolate atau asas paling ringkas nak buat coklat di rumah....nanti bolehlah ibu-ibu bermain coklat di dapur dengan anak-anak..memang menyeronokkan dan sukai anak-anak kita..

Bahan-bahan yang perlu ada ialah coklat kompaun .. ana guna Beryl's Dark Chocolate Compound,acuan coklat,piping bag dan peti sejuklah....kalau tak ada memang tak boleh bekukan...

Dark compound coklat


Sekeping kompaun coklat ini beratnya 1 kilogram dan dengan acuan bunga dan daun yang ana gunakan boleh dapat dalam 60 biji coklat...Kalau disini harganya sekitar RM13.50 sekeping...


Kompaun coklat tadi ana potong kepada kepingan-kepingan kecil untuk mempercepatkan proses pencairannya...

Dengan teknik double-boiling kita panaskan dahulu air di bahagian bawah periuk ,bila mendidih matikan api atau kecilkan sangat perlahan apinya dan kacau di bahagian mangkuk atas berisi coklat..

Pastikan kita terus mengacau dengan menggunakan whisk atau spatula sehingga coklat cair dan berkilat sepenuhnya...kemudian isikan segera ke dalam piping bag kerana coklat cepat membeku...


Pipekan ke dalam acuan dengan pantas dan sehingga penuh.... sekiranya ingin menambah kekacang atau inti ...kita pipekan separuh, letak kacang atau badam kemudian pipekan semula di atasnya....kali ini ana tidak meletakkan sebarang kekacang..hanya coklat sahaja...

Padatkan isian dengan menghentak-hentak perlahan  acuan coklat dan dengan menggunakan scrapers plastik ratakan isian acuan tadi supaya tidak ada lebihan coklat yang akan membeku...Masukkan ke dalam freezer dan biarkan beku dalam 10-15 minit...


Bila telah beku bolehlah terbalikkan acauan ke dalam dulang dan coklat telah siap sepenuhnya..


Homemade Coklat

Untuk kelihatan lebih menarik bolehlah alaskan coklat dengan kertas cupcake yang sesuai...

~Selamat mencuba~