7 Suami di TV9

Telemovie 7 Suami

Sekali lagi slot Ratu di TV9 menarik minat ana untuk menonton drama bersiri 13 episod terbitan Suhan Movies, 7 Suami arahan Heykal Hanifah.Bersiaran setiap Selasa dan Rabu mulai jam 8.30 malam mengisahkan Safiyah yang dibesarkan oleh neneknya.Dengan latar belakang kedua ibu bapa Safiyah yang tidak baik dimana bapanya seorang kaki judi manakala ibunya seorang pelayan kelab malam dimana kedua-duanya mati dibunuh penjenayah.Kehidupan sebagai gadis kampung yang sering dipandang rendah kerana kisah silam ibubapanya sehingga terhalang percintaannya dengan Ehsan.

Akibat kesengsaraan hidup dan banyak termakan budi,Safiyah dikahwinkan dengan Haji Dollah, lelaki tua yang berharta.Namun kebahagiaan Safiyah tidak kekal lama bila difitnah oleh anak tirinya sendiri yang berniat jahat terhadapnya.Selepas di ceraikan oleh Haji Dollah, bermulalah episod perjalanan hidup Safiyah yang sering kali gagal dalam perkahwinannya.Nasib malang yang dijalani Safiyah apabila setiap lelaki yang dinikahi berhadapan dengan pelbagai konflik yang berbeza.

Sama-sama kita tunggu apakah pengakhiran hidup Safiyah kelak.Adakah dia akan menemui kebahagiaan yang berkekalan di akhir kisah??

Pelakon 7 Suami

Izreen Azmindar (Safiyah)
Aiman Hakim (Ehsan)
Kazar (Haji Dollah)
Norlia Ghani (nenek)
Esma Daniel
Azhan Abdul Rani
Azhar Sulaiman
Fazreen Rafi
Wan Norazlin dan ramai lagi pelakon hebat-hebat dengan pelbagai watak.

~berkongsi telemovie disini~

9 Comments

  1. xfollow sgt cerita neh..tp macm best jugk..ari tu tgk sekali...laki dia azhar sulaiman tu dh oku...asyik marah dia jew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm Sha, malam ni kita sambung lagi tengok hehe

      Delete
    2. Hehe..kalau lekat duk umah..lekat la tgk tv...

      Delete
  2. Hahahaha... Kak Ana minat jugakkk??? saya dah terrrrrrrrrmelekat... hehe... tu yg malas tgk... bile dh start jeeee, mesti nak tau ape yg jadi lps tu... hehe... kami laki bini dok mengira suami Yah je... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wafee dah macam anak2 kak ana dok kira laki si Yah ni kan hehe..kak ana time drama malam ni boleh lah layan lagi yang time Maghrib tu memang tak lah..

      Delete
  3. macam best jalan cerita dia ni.. tp zara xpena tgk.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah Zara,seronok gak tengok lakonan izreen azmindar tu..

      Delete
  4. cerita ni mak saya yg layan..saya jrang tgok..tapi dri apa yg mak ckp..kesian kat plakun wanita tu,,,asik kena cerai..x pun laki mati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.sama lah dengan kak ana, kami2 ni memang gemar layan telemovie..

      Delete