Ulam buah putat

Ulam buah putat

Ana pasti ramai diantara kita yang tidak mengenali buah putat ni,sehinggakan suami dan anak-anak ana sendiri tak pernah lihat apatah lagi makan buah putat.Bagi orang-orang sebelah utara tanahair yang dah senior macam ana ni rasanya kenallah akan buah putat. Memang jarang didapati di pasar-pasar basah atau pasar-pasar tani pada masa sekarang.

Buah putat selalunya dijadikan salah satu ulam-ulaman yang dimakan dengan sambal kelapa atau kami di Perak panggil 'sambal nyor'.Rasanya kelat-kelat pahit sikit.Terus terang memang tak sedaplah kan.Namun dipercayai mengandungi khasiat untuk kesihatan dalaman wanita dan ada yang amalkan untuk awet muda.Waallahu alam, ana tak berapa pasti dan bolehlah Google ke blog-blog mereka yang lebih arif untuk kepastian tentang khasiatnya.

Kebetulan semasa balik kampung di Teluk Intan tempoh hari ,ibu saudara ada membeli buah putat dan kami makan sebagai ulam dengan nasi dan cicah sambal kelapa.Sambal kelapa ini sama seperti sambal belacan cuma digaul dengan kelapa parut serta diperah sedikit asam limau.


~berkongsi selera disini~