Bumi Allah makin uzur
Jerebu
Keadaan jerebu di bandar Rawang |
Pagi tadi ana ke pasaraya untuk membeli barangan keperluan dapur.Alangkah tebalnya keadaan jerebu awal pagi tadi sehingga jarak penglihatan hanya sekitar 1km sahaja agaknya atau mungkin lebih dekat lagi.Di kala musim kemarau melanda negara, keadaan bumi Allah seolah-olah semakin uzur atau kian 'rosak' memberi peringatan kepada kita hambaNya untuk kembali muhasabah diri.Usia bumi makin tua,penghuninya masih leka dibuai arus dunia.Sesetengah manusia hanya mengutamakan kepentingan sendiri tanpa ada rasa tanggung jawab terhadap alam dan makhluk lain yang turut ada haknya di atas bumi Allah yang luas ini.
Bencana yang melanda hari ini bukanlah satu fenomena semula jadi
semata-mata. Ia juga sebenarnya adalah satu tindak balas alam terhadap
sikap 'tidak peduli' manusia serta sikap rakus dan tenggelamnya
manusia dalam ke'fasad'an dan maksiat. Allah SWT menyebut di dalam
firma-Nya bahawa, berlakunya kerosakan itu adalah sebagai satu akibat
daripada tindakan dan sikap manusia.
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). {3}
Jerebu sekitar Bandar Country Homes |
Sepanjang perjalanan pulang, ana terfikir bagaimana satu demi satu Rahmat Allah swt menjauhi kita.Bermula dengan musim kemarau yang sudah hampir sebulan, diikuti dengan catuan bekalan air dan kini bumi diliputi jerebu hinggakan untuk bernafas juga semakin sukar.Udara yang di sedut berbau asap dan kita tidak lagi dapat melakukan aktiviti di luar rumah.Ana anggap ini salah satu ujian dari Yang Maha Esa buat semua umat manusia.Sejauh mana kita bersabar pada ketika ini, sejauh mana kita berfikir apakah kesilapan dan kealpaan diri dan sejauh mana telah kita laksanakan segala tanggung jawab dan hak kita padaNya dan seluruh isi alam.
Debu arang di luar rumah |
Salah satu punca jerebu yang dinyatakan ialah pembakaran terbuka.Disekitar kawasan luar rumah ana, bertaburan debu-debu arang atau kesan kebakaran.Di bawa arus angin entah dari mana datangnya dan hampir setiap jam disapu akan muncul semula.Bersamalah kita berdoa agar hujan akan kembali turun dengan RahmatNya membasahi bumi Allah swt ini.Disamping turut memanjatkan doa supaya pesawat malang MH 370 ditemui semula dalam apa jua keadaannya.Negara kita benar-benar memerlukan kesatuan hati seluruh rakyatnya mengenepikan fahaman masing-masing dan muhasabah diri tanpa mencari salah sesiapa.
Keadaan jerebu di Kuala Lumpur.(foto rakan FB-Hisham) |
Disini ana sertakan link Jabatan Alam Sekitar untuk melihat Indeks Pencemaran Udara seluruh tanahair http://apims.doe.gov.my/apims/hourly3.php.Segala yang ana tulis adalah suatu pendapat peribadi sahaja dan segala kesilapan dan kekurangan datangnya dari ana sendiri manakala yang baik itu datangnya dari Allah swt.
22 Comments
Kat penang.ni pun ada jerebu...
ReplyDeletetu la kan manusia yg musnahkan manusia
Penangpun sama ye wantie,sama2 kita doakan agar segera pulih keadaan ini.
Deletemacam2 berlaku sekarang nie
ReplyDeletebegitulah keadaannya Siara Elina
Deletejaga kesihatan dear...
ReplyDeletesame goes to you mama..
Deletesetuju sis..kdang2 kita sendiri pnyebab kjadian itu blaku.. smuanya berbalik kpda sikap kita juga
ReplyDeletemnbung nuf :P
kak ana setuju dengan sobri..jaga kesihatan kay..
Deletex tau nak kata apa...masih lagi berani masing2 buat pembakaran terbuka....yang susah ya kita...
ReplyDeleteyou're right dear..masih ramai yg bersikap pentingkan diri.
DeleteAssalamualaikum....
ReplyDeletePerokok dan penghisap shisa antara penyumbang pembakaran terbuka. Shisa telah "diharamkan" kementerian kesihatan tetapi rokok tak pula jatuh hukum haram seperti dalam Islam...
Negara kita dah acap kali dilanda jerebu... Di Melaka, pada pagi 12 Mac hingga ke malam, jerebu masih lagi ada... dah macam ada di pusat pelancongan tanah tinggi pula...
pendapat yang bernas Ahmad Zaki,kalau pusat pelancongan tinggi tentu best sejuk berkabus kan..hehe..semoga keadaan akan s egera pulih sedia kala.
Deletebetul 2 kak ana..skang mkn byk bencana yg menimpa kan..disebabkan tgn2 manusia sndiri..smg ALLAH slmtkan kita semua amin..
ReplyDeleteAmin.kak ana doakan Tiqi juga selamat diperantauan sana,jaga diri dan best of luck.
DeleteAssalamualaikum kak ana.. sheila pun tak selesa nak keluar.. sesak nafas dibuatnya.. semoga keadaan pulih seperti biasa... selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~
ReplyDeleteWaalaikumsalam dik, jaga kesihatan sheila ye..sihat untuk berdua tu..kurangkan aktiviti luar,tqvm dear.
DeleteAssalamualaikum k.ana...
ReplyDeleteHumm...balik keje pon pedih je mata nii...
Waalaikumsalam Sha, kak ana doakan Sha dan anak2 sihat selamat semuanya..gi beli eye-mo ye..hehe
DeleteSesak dada bila jerebu ni. Banyak sedut habuk jer la hidung ni. Kereta pun cepat kotor bila musim jerebu.
ReplyDeleteAlhamdulillah dengan RahmatNya dah dua hari hujan lebat disini..
Deletekena jaga kesihatan skang ni kan !
ReplyDeleteBetul tu KA..sama2 kita jaga kesihatan diri dan keluarga
Delete