Memang tak pernahpun datang lepak di sini,entah macam mana beberapa minggu lepas tersesat ke Dataran Merdeka kebetulan lalu di kawasan ini.Singgah sekejap dengan adik dan keluarganya.Selalu asyik lalu lalang sahaja di sekitar kawasan ini.
|
Bangunan Sultan Abdul Samad,Kuala Lumpur |
Info Dataran Merdeka
Serba sedikit info tentang Dataran Merdeka yang sempat ana Google ialah terletak dihadapan Bangunan Sultan Abdul Samad ,Jalan Tun Perak,Kuala Lumpur.Disinilah bendera 'Union Jack' kerajaan British diturunkan pada jam 12 tengahmalam 31hb Ogos 1957 sempena kemerdekaan Tanah Melayu.
Padang rumput di Dataran Merdeka ini memang padang asalnya untuk Kelab Polo Selangor dan pada 1hb Januari 1990 dinamakan semula sebagai Dataran Merdeka untuk mengingati detik-detik bersejarah tersebut.Di tengah pentas utama Dataran Merdeka ini terdapat sebatang tiang bendera besar dan tinggi yang mengibarkan bendera Jalur Gemilang dengan megahnya.
Disini sering diadakan acara-acara rasmi negara seperti Ambang Merdeka,perasmian pelancaran acara-acara khas dan konsert serta pertunjukan kebudayaan.Di tingkat bawahnya pula terdapat kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan dan cenderahati.
|
air pancuran di Dataran Merdeka |
Pada malam yang ana singgah disini,terdapat pelbagai aktiviti disekitarnya seperti persembahan 'live band',jualan barang-barang permainan,anak-anak yang bermain bola di kawasan lapang berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan yang agak menarik perhatian ialah kehadiran 'orang tinggi' atau badut jalanan.Bagi yang ingin bergambar dengannya kadar bayaran serendah RM1 sahaja dan ber'posing'lah dengannya seberapa banyak yang dikehendaki.Anak ana dan adik ipar sempat bergambar dengannya.Kami beri dia lebih kira sedekahlah padanya kerana sekurang-kurangnya dia tidak melakukan kesalahan untuk menambah rezekinya.
|
Bergambar dengan 'orang tinggi' di Dataran Merdeka |
~berkongsi info disini~
14 Comments
Assalamualaikum kak ana. wahhh tempat bercinta sheila dengan suami ni. hiewhiew... lama tak jejak Dataran... dah ada orang tinggi? woahhh. tak sabar nak lepak situ...
ReplyDeleteWaalaikumsalam dik, erm kat sini dia dating rupanya..hehe..nanti cari orang tinggi ye..
DeleteAssalamualaikum Ana.
ReplyDeleteDataran merdeka dan bangunan sultan Abdul Samad amat tinggi nilai sejarahnya. Lama dah saya tak singgah dataran merdeka. Dulu selalu singgah sana.
Waalaikumsalam shameel, memang benar,lakaran sejarah dan pelbagai wadah yg pernah menjadi saksinya di sini..
Deletelepaking
ReplyDeleteassalam,
ReplyDeletewah! lepak-lepak dataran merdeka...malam-malam jaga-jaga..hehe..
Baiknya awak kan, aku nak jadi 'orang tinggi' lah kat sana hehe...:) follow awk..
ReplyDeletetq Elih J.. nanti cuba jadi 'orang tinggi' ye..
Deletelamanya tak ke Dataran Merdeka..
ReplyDeleteRindu lak rasa nak lepak dataran lagi..
ReplyDeletebaru sekali g dataran merdeka..nk buat cmne,kita ore kelate..hehe
ReplyDeleteDah lama tak ke sini. P KL pun naik lrt..hardly lalu sini
ReplyDeleteSalam k.ana..cmne leh jumpa org tinggi tuh??huhuh
ReplyDeletedia memang berkeliaran kat situ Sha..orang datang ambil gambar dengannya dia dapat RM1..hehe..penat gak nak berdiri atas tu sepanjang malam kan..hehe
Delete