Tiba-tiba Gas Memasak Habis..
Masakan belum lagi mendidih atas dapur gas, tiba-tiba api padam, maknanya gas memasak dah habis.Bagi yang ada simpan tong gas 'spare' tu selamatlah boleh tukar terus.Rumah ana memang tak ada tong gas 'spare' ni, jadi kenalah telefon kedai runcit untuk penghantaran.Lazimnya, kalau masa-masa tertentu, penghantar gas pula tiada dan bagitau lepas Zohor baru boleh hantar katanya.Habis macam mana tu?
![]() |
Dapur gas |
Salah satu jalan alternatif yang sering ana lakukan ialah menggunakan dapur elektrik atau microwave. Kedua-dua alat memasak ini sebagai 'back up' apabila kehabisan gas.Sekarang di pasaran harganya tidak terlalu mahal dan mampu dimiliki oleh kebanyakan keluarga.
Dapur Elektrik
![]() |
Dapur Elektrik |
Jarang ana memasak dengan menggunakan dapur elektrik kerana agak terhad kaedahnya serta menambahkan lagi bil elektrik kerana menggunakan sehingga 1100w. Ana cuma gunakan ketika 'darurat' seperti situasi kehabisan gas.Namun banyak pantang larang juga apabila kita memasak dengan dapur elektrik ini antaranya menggunakan periuk atau kuali leper sahaja yang memenuhi lingkaran pemanas tengahnya.Dalam kata lain tak boleh menggunakan kuali 'wok' yang biasa untuk menggoreng.
Ianya seringkali menjadi penyelamat ana didapur sementara menunggu gas sampai.Ana juga sering membawanya untuk bercuti apabila kami menyewa homestay yang tidak menyediakan dapur.Selain itu ia juga sesuai untuk kita menjamu tetamu dengan menu 'stim boat', mudah diletakkan di meja makan atau meja hidangan.
Microwave
![]() |
Microwave |
Selalunya ana akan menggunakannya untuk memanaskan semula makanan sahaja.Lebih-lebih lagi ketika bersahur kelak ia akan lebih memudahkan proses pemanasan dan tidak mengubah rasa.
Jika kedua-dua alatan ini tiada dirumah, cara yang paling afdal ke kedai makan sahajalah,bungkus atau makan sahaja disana.
~berkongsi kisah disini~
23 Comments
Kat rumah CP sentiasa ada tong gas spare. Bukan apa takut gak sebab CP suka kukus kek malam-malam. Kalau habis gas takdak spare memang susah.
ReplyDeletep/s blog CP ada masalah sebab tu walaupun update tapi masih entri yang lama keluar kat bloglist.
eloklah ada tong spare kan, dulu kak ana ada juga tapi sebab ruang kabinet yang agak terhad maka dah jual dah ,kak ana juga ada masalah dengan blogger bila reading list tak boleh keluar cuma dia bagi satu blog je,susah nak blogwalking pada rakan blogger yang kita following..
Deletetakde tong gas spare pon..kalo tengah masak, gas abis memang hancur leburlah tekak..
ReplyDeletekan Mar, nasiblah kalau setakad masak berkuah kalau menggoreng makan minyak lah lauk kita sementara tunggu gas sampai..hihi
DeleteHehe... nurul pun xde tong gas spare kat rumah... masak le bakar2 guna oven je... xpun makan luar terus... tapi kalau orang kedai antar gas time tu jugak oklah... microwave nurul cuma guna tuk panaskan lauk... :)
ReplyDeleteOk gak Nrl guna oven,sama macam kak ana juga microwave guna untuk memanaskan makanan je,orang kampung le katakan hehe
Deleterumah saya takde dapur gas..ada dapur elektrik je..nak kena ada jugak..bayangkan tetiba elektrik takde..huhu
ReplyDeletekena ada gak Nick, sekarang ni masak sikit bolehlah tak lama lagi dah ada orang dapur kena beli dapur gas..hehe
Deletesuka yang dapur gas jugak.dapur elektrik ni kena ada periuk kuali khas dia.tapi kalau buat deep fried prefer dapur elektrik..
ReplyDeletekan Sal, kak ana pun kekok gak masak dengan dapur letrik ni, tu yang guna time darurat je..
Deletemcm rumah saya..memng sellau ada tong gas spare..sbab snang.. sikit kalau urgent :)
ReplyDeletetapi klau dpat yg elektrik tu pun apa hai.. best :)
memudahkan
mana-manapun boleh kan..janji boleh digunakan masa kecemasan macam ni.
Deletekalau suki..start kete pegi beli drive tru ..hihi
ReplyDeletehaha yang tu alternatif yang paling bijak my dear
Deleteprefer guna dapur gas, baru seronok memasak
ReplyDeletemicrowave guna time nk buat ikan bakar. ayam bakar
puasa dah dekat, memang kena berasap balik dapur bujang ni
erm bestnya ayam bakar dan ikan bakar,kembali berasaplah dapur bujang pb sempena Ramadan ni ye..
DeleteFuza memang ada tong spare, senang kalau emergency memalam
ReplyDeletebagus kan Fuza, ada tong spare ni..
Deletesuka penyelesaian yang terakhir tu, hee
ReplyDeleteOrait boleh buat selalu kan hehe
Deletesama lah kak rumah sy memg takde spare tong gas...bile bis bru beli..tuh pun kol incik hubby gtau gas abis..bile die lik keje bru die belikan...sy lak selalu msk gune periuk nasi kak
ReplyDeletepernah juga cuba masak guna periuk nasi tak berapa pandai lah Mimi,nanti buat tutorial ye..hehe
DeleteThese stoves have an electronic start that touches off the fire on the burner.prestige 2 burner auto ignition gas stove
ReplyDelete