Masakan belum lagi mendidih atas dapur gas, tiba-tiba api padam, maknanya gas memasak dah habis.Bagi yang ada simpan tong gas 'spare' tu selamatlah boleh tukar terus.Rumah ana memang tak ada tong gas 'spare' ni, jadi kenalah telefon kedai runcit untuk penghantaran.Lazimnya, kalau masa-masa tertentu, penghantar gas pula tiada dan bagitau lepas Zohor baru boleh hantar katanya.Habis macam mana tu?


Dapur gas

Salah satu jalan alternatif yang sering ana lakukan ialah menggunakan dapur elektrik atau microwave. Kedua-dua alat memasak ini sebagai 'back up' apabila kehabisan gas.Sekarang di pasaran harganya tidak terlalu mahal dan mampu dimiliki oleh kebanyakan keluarga.

Dapur Elektrik

 

Dapur Elektrik

Jarang ana memasak dengan menggunakan dapur elektrik kerana agak terhad kaedahnya serta menambahkan lagi bil elektrik kerana menggunakan sehingga 1100w. Ana cuma gunakan ketika 'darurat' seperti situasi kehabisan gas.Namun banyak pantang larang juga apabila kita memasak dengan dapur elektrik ini antaranya menggunakan periuk atau kuali leper sahaja yang memenuhi lingkaran pemanas tengahnya.Dalam kata lain tak boleh menggunakan kuali 'wok' yang biasa untuk menggoreng.

Ianya seringkali menjadi penyelamat ana didapur sementara menunggu gas sampai.Ana juga sering membawanya untuk bercuti apabila kami menyewa homestay yang tidak menyediakan dapur.Selain itu ia juga sesuai untuk kita menjamu tetamu dengan menu 'stim boat', mudah diletakkan di meja makan atau meja hidangan.

Microwave

 

Microwave
Selain daripada dapur elektrik, oven microwave juga boleh digunakan untuk memasak masakan.Cuma kaedah ini sangat moden dan tidak semua jenis masakan boleh disediakan dengannya.Pendek kata lagi banyak pantang larangnya ketika memasak dengan oven microwave ini.

Selalunya ana akan menggunakannya untuk memanaskan semula makanan sahaja.Lebih-lebih lagi ketika bersahur kelak ia akan lebih memudahkan proses pemanasan dan tidak mengubah rasa.

Jika kedua-dua alatan ini tiada dirumah, cara yang paling afdal ke kedai makan sahajalah,bungkus atau makan sahaja disana.

~berkongsi kisah disini~