Bekas alat tulis dari tin


Bekas alat tulis dari tin glukosa

Semasa mengemas bilik kak long, terjumpa bekas alat tulis yang dibuatnya sendiri dari tin glukosa lama.Asal bekas alat tulis ini ialah sebuah tin atau bekas kosong glukosa.

Tin Glukosa

Ana pernah melihatnya membuat bekas alat tulis ini beberapa bulan yang lepas.Dia menggunakan sebuah tin glukosa kosong,dibalutkan dengan sehelai 'sponge' nipis dilapisan luar.Kemudian di gam sekali lagi dengan sehelai kain petak-petak kecil merah di atas lapisan 'sponge' tadi dengan menggunakan 'glue gun'.Pastikan ukuran yang yang tepat dibuat ketika memotong 'sponge' dan kain petak tersebut.

Kemudian kemaskan keliling dengan lilitan riben atau 'lace'.Dan hiaslah di luar tin dengan patung 'teddy bear' kecil atau riben atau bunga-bunga kecil.Terhasillah sebuah bekas alat tulis dari sebuah tin glukosa yang terpakai.





~berkongsi idea disini~