Kenapa follower lari??


Kenapa ye? Apakah salah dan dosaku..wah..wah berdrama pula.Semalam ana perasan ada 681 follower yang sudi bersama anajingga, tup tup pagi ni dah hilang satu.Dimanakah silapnya??Masalah teknikal atau memang follower dah tarik diri..Tapi tak kisahlah, selagi ada yang sudi bersama dengan ana dengan rasa tulus ikhlas menjalin ukhwah dan berkongsi kisah dah cukup membakar semangat ana untuk terus menulis dan berkongsi di alam maya ini.

Ana rasa ada beberapa sebab kenapa 'follower' kita hilang,namun ini hanya pendapat peribadi ana sahajalah dan beberapa perkongsian dari blogger-blogger lain.Pertama: mungkin kerana sesetengah blogger mengamalkan 'follow me back', maknanya jika mereka 'follow' kita,dan kita tidak 'follow'mereka semula 'so I said Goodbye' lah...

Kedua:mungkin entri-entri kita tak memenuhi piawaian pembacaan mereka, atau pendek kata, entri yang membosankan atau tidak menarik untuk mereka terus mengikuti, lazimnya blogger-blogger remaja yang ada genre mereka sendiri.Contoh kalau peminat K-pop mesti boring nak baca entri mak-mak orang ni, kan..

Ketiga : Akaun blog yang sudah tidak diaktifkan atau di 'delete'.Kemungkinan bila sesebuah akaun blog yang sudah tidak aktif dan dipadamkan menyebabkan hilang seorang 'follower' blog kita.

Namun apapun yang terjadi,Insyaa Allah tidak akan mematahkan semangat ana untuk terus berkongsi disini.Semoga setiap perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada orang-orang diluar sana yang memerlukan serba sedikit maklumat dan memberi manfaat yang baik.Setiap hari, trafik atau pengunjung yang singgah bukan sahaja daripada 'follower' tetapi dari mereka yang memerlukan sesuatu informasi...

~salam sayang ~