Kisah Buah Mangga: 

 

Jenis-jenis buah mangga

Mangga, mempelam, pauh, pelam dan macam-macam lagi digelar pada buah yang memang sangat popular di tanahair kita.Ana lebih senang dengan panggilan buah mangga. Ada macam-macam jenis buah mangga terdapat di negara kita.Antara yang ana ketahui ialah mangga harum manis, chok anan, mangga epal, mangga telur, mangga air dan sebagainya.

Memandangkan musim buah mangga ketika ini, mak ada mengirimkan buah mangga telur dan mangga air dari kampung halaman.Seronok sangat dapat menikmati kelazatan buah-buah mangga ini.Memandangkan ada yang telah masak ranum dan ada yang masih muda , disini ana kongsikan beberapa pilihan untuk menikmati kenakan buah mangga.

Untuk mangga air yang masih muda, ana lebih gemar makan dengan mencicahnya dengan kicap dan gula.Teringat kenangan semasa berada di kampung suatu masa dahulu, itulah kegemaran kami adik beradik dan sepupu-sepupu makan mangga muda dicicah kisap di bawah pokok mangga.


Mangga muda cicah kicap dan gula

Jika ada mangga masak ranum yang manis pula, bolehlah kita makan begitu sahaja sebagai pencuci mulut.Bagi yang terlebih rajin pula, mangga masak ranum boleh di makan dengan pulut dan santan pekat atau lebih dikenali sebagai pulut mangga.


Pulut Mangga

Selain daripada itu, mak ana sering kali juga menjeruk buah mangga yang agak masam.Mengikut resepi mak, buah mangga dikupas dan dibersihkan, kemudian di perap dengan garam seketika.Kemudian di bilas sekali lagi sebelum di perap dengan gula dan garam untuk beberapa hari.Mak akan menggunakan air masak kerana kami akan menghirup jus dari jeruk mak yang memang sedap.Air tangan seorang ibu lah katakan..


Jeruk Mangga air tangan mak Ana

Dan akhir sekali yang menjadi fenomena sekarang ni ialah jeruk mangga dengan asam boi dan cili api.Hampir setiap hari ana lihat 'posting-posting' dari rakan-rakan FB menghasilkan jeruk mangga asam boi termasukah adik ipar ana, Julia dan adik sepupu ana , Effa.Foto di bawah ana pinjam dari adik ipar ana, Julia yang berjaya membuat jeruk fenomena ini kerana ana belum lagi berkesempatan mencubanya.

Jeruk mangga dengan asam boi dan cili padi

Terdapat pelbagai cara untuk kita menikmati kesedapan buah-buah mangga mengikut citarasa sendiri.Syukur Alhamdulillah tanahair kita kaya dan mudah untuk kita menikmati pelbagai buah-buahan yang dijadikanNya hidup subur dan rasa yang sangat sedap.Makanlah dengan cara apa sekalipun yang memikat selera masing-masing.


~berkongsi kisah mangga disini~