Kisah Buah Mangga: 

 

Jenis-jenis buah mangga

Mangga, mempelam, pauh, pelam dan macam-macam lagi digelar pada buah yang memang sangat popular di tanahair kita.Ana lebih senang dengan panggilan buah mangga. Ada macam-macam jenis buah mangga terdapat di negara kita.Antara yang ana ketahui ialah mangga harum manis, chok anan, mangga epal, mangga telur, mangga air dan sebagainya.

Memandangkan musim buah mangga ketika ini, mak ada mengirimkan buah mangga telur dan mangga air dari kampung halaman.Seronok sangat dapat menikmati kelazatan buah-buah mangga ini.Memandangkan ada yang telah masak ranum dan ada yang masih muda , disini ana kongsikan beberapa pilihan untuk menikmati kenakan buah mangga.

Untuk mangga air yang masih muda, ana lebih gemar makan dengan mencicahnya dengan kicap dan gula.Teringat kenangan semasa berada di kampung suatu masa dahulu, itulah kegemaran kami adik beradik dan sepupu-sepupu makan mangga muda dicicah kisap di bawah pokok mangga.


Mangga muda cicah kicap dan gula

Jika ada mangga masak ranum yang manis pula, bolehlah kita makan begitu sahaja sebagai pencuci mulut.Bagi yang terlebih rajin pula, mangga masak ranum boleh di makan dengan pulut dan santan pekat atau lebih dikenali sebagai pulut mangga.


Pulut Mangga

Selain daripada itu, mak ana sering kali juga menjeruk buah mangga yang agak masam.Mengikut resepi mak, buah mangga dikupas dan dibersihkan, kemudian di perap dengan garam seketika.Kemudian di bilas sekali lagi sebelum di perap dengan gula dan garam untuk beberapa hari.Mak akan menggunakan air masak kerana kami akan menghirup jus dari jeruk mak yang memang sedap.Air tangan seorang ibu lah katakan..


Jeruk Mangga air tangan mak Ana

Dan akhir sekali yang menjadi fenomena sekarang ni ialah jeruk mangga dengan asam boi dan cili api.Hampir setiap hari ana lihat 'posting-posting' dari rakan-rakan FB menghasilkan jeruk mangga asam boi termasukah adik ipar ana, Julia dan adik sepupu ana , Effa.Foto di bawah ana pinjam dari adik ipar ana, Julia yang berjaya membuat jeruk fenomena ini kerana ana belum lagi berkesempatan mencubanya.

Jeruk mangga dengan asam boi dan cili padi

Terdapat pelbagai cara untuk kita menikmati kesedapan buah-buah mangga mengikut citarasa sendiri.Syukur Alhamdulillah tanahair kita kaya dan mudah untuk kita menikmati pelbagai buah-buahan yang dijadikanNya hidup subur dan rasa yang sangat sedap.Makanlah dengan cara apa sekalipun yang memikat selera masing-masing.


~berkongsi kisah mangga disini~

24 Comments

  1. jeruk mangga tu memang trending. tapi saya paling suka Mangga Harum Manis yang famous kat Perlis. memang non-stop..huhuhu

    mangga telur tu cmane?huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Sal, sana sini kisah jeruk mangga asam boi, mangga telur yang kecil2 tu Sal yang dalam foto kak ana kat atas tu, kami panggil mangga telurlah tu,selalunya kalau dapat ,basuh terus gigit tak yah kupas2 dah..hehe :)

      Delete
  2. Kak Ana, mak CP selalu buat jeruk mangga macam mak kak ana buat. Mak buat sebab anak-anak dia malas nak kupas sendiri hehe. Kalau buat jeruk tu cepat je habis. Mangga cicah kicap ngan gula tu selalu makan kat ofis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah itulah sebabnya CP, naluri seorang ibu ni sama sahaja,mereka kupas ,perap siap2 isi dalam petisejuk, pastu pandai pulaklah anak cucu pi makan kan, cuba kalau ada sebiji2 memang tak ada siapa nak sentuh kan hehe...:)

      Delete
  3. K Anaaaa....
    Sejak raya haji aritu, dua tiga minggu nurul asyik makan mangga je... tapi yang bawah sekali tu x pernah rasa lagi camne... tengok orang posting sana sini... haa, kat kg memang banyak mangga telur tu... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi seronok Nurul ye makan mangga, tu lah kak ana pun belum pernah rasa, nanti2lah cuba buat ,betul tu mangga telur tu biasa kat kampung2 yang banyak..:)

      Delete
  4. Saya ada jual Jeruk Pelam Asam Boi Banjir untuk sekitar Seri Hartamas, Bukit Kiara, Mutiara Damansara, Manjalara, Gombak dan Kuala Lumpur

    Jeruk Pelam Asam Boi Banjir ini dibuat dengan penuh citarasa. Anda pasti berselera, Dijamin Bersih & Halal. Saya mempunyai stok buah pelam/ mangga muda yang segar dari ladang dibuat mengikut tempahan semasa.

    Ada 2 saiz bekas :

    Saiz kecil - RM 5.00
    Saiz Besar - RM 10.00
    Saiz ikut kilo bagi majlis 15.00
    Beli banyak ada diskaun lagi.

    ★ boleh request tahap kepedasan★
    - Extra pedas
    - Sederhana pedas
    - Kurang pedas

    Hubungi saya @ sms @ Whatsapp : Kak Nor 0173837039
    Saya suka berhubung whatsapp untuk tempahan segera.

    Penghantaran adalah percuma bagi tempat yang dinyatakan.Selain daripada itu dikenakan bayaran penghantaran.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. sorry Mieja, saja nak bagi kecur tu hehe..:)

      Delete
  6. semuanyer buat KA kecur dah ni, mangga mmg suka sgtlah KA

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA suka mangga rupanya...hehe sampai kecur dah ye..:)

      Delete
  7. penah makan yg jeruk colek, jeruk mangga asam boi, tapi tak tringin lak nak rasa mangga pulut tu, hahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gak eMMe, pulut mangga tu walaupaun tak sesedap pulut durian hehe :)

      Delete
  8. kalau yg kuning saya panggil mangga..
    yg hijau saya panggil pelam... hehhe

    ReplyDelete
  9. Bila tengok gambar memang kecur mulut eventhough saya x minat asam sangat.
    Tapi, asben 'hantu' niii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah asben shikin suka asam ye, terbalik pulak..hehe..:)

      Delete
  10. ana..terliur saya tgk buah mangga ni.semua resepi ana tu saya dah buat kecuali yang makan dengan pulut tu tak perna rasa lagi..nmpak gaya nya nk try la.hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm Norliza kena cuba pula yang pulut mangga tu, tapi kena cari mangga masak ranum lah..:)

      Delete
  11. KY baru buat pagi tadi ana..pastu mkn tak boleh berhenti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah terlihat di blog dan IG kak yon, memang kan makan selagi mahu hehe :)

      Delete