Buah Mahkota Dewa
Buah Mahkota Dewa:
Pertama kali melihat rupa buah dan pertama kali juga ana mendengar namanya yang sangat gah.Mahkota Dewa satu nama yang menggambarkan keperkasaan. Ana jumpa buah ini di Janda Baik ketika berada di salah sebuah gerai makan.Buah berwarna merah ketika masak ranum ini sangat unik seperti buah epal dari jauh cuma saiznya kecil-kecil.Macam-macam nama kami teka dan akhirnya tuan punya kedai memberitahu nama buah tersebut ialah buah Mahkota Dewa.
![]() |
Pokok buah Mahkota Dewa |
Pokoknya tak terlalu tinggi dan renek sahaja dengan daun-daun kecil yang lebat.Menurut pakcik pemilik kedai makan tersebut, buah Mahkota Dewa ini banyak khasiatnya.Buah akan dikeringkan dan direbus semula untuk dijadikan minuman.Menerusi carian Google ana dapati buah ini mengandungi pelbagai kandungan yang sangat berkhasiat untuk mengubati pelbagai penyakit.Bolehlah terus mengGoogle untuk mengetahui kandungan dan khasiat buah Mahkota Dewa ini dari laman-laman 'web' yang sedia ada, kerana ana sendiri tidak mengetahuinya secara jelas.
~berkongsi info buah Mahkota Dewa disini~
36 Comments
Maknanya, buah ini tak boleh dimakan macam makan epal, ya? :)
ReplyDeletetak boleh kakcik, tak sedap pun agaknya sebab dia sejenis ubat kan :)
Deleteacik ada buku berkaitan mahkota dewa ni
ReplyDeletemungkin acik erna boleh share dengan kami satu hari nanti tentang khasiat2nya ..:)
Deletememang banyak di Pahang ke?sebab kat sana famous betul kopi Mahkota Dewa, terutama kat Kuantan..buah rupanya..saya ingat tumbuhan herba..thanks sharing kak ana
ReplyDeleteentahlah Sal, mungkin juga..kak ana pun tak ada pengalaman tentang buah ni,sekadar berkongsi fotonya sahaja disini :)
Deletekopi mahkota dewa...:)
ReplyDeleteerm ada rupanya kopi perisa ni ye kak Kamsiah, ana tak tahu pun sebelum ni :)
DeleteBuah ni memang femes sekarang ni. Ramai yang tanam sebab dikatakan banyak khasit perubatan terkandung didalamnya.
ReplyDeletebegitulah ana difahamkan Kak Mala, buah ni banyak khasiat perubatannya..:)
Deleteassalamualaikum ana...hubby mama pun ada tanam sebatang pokok mahkota dewa ni di hadapan rumah...pokoknya mmg rendah jer n kerap berbuah...kadang jiran2 yg tahu memakannya kami berikan buah tu pada mereka jer...buah ni kena pandai kopek kerana ada bahagian bijinya kot yg x boleh dimkn...mama dpt tahu pun dr mereka2 yg pandai memakannya....:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, mungkin mereka yang arif tahu tentang khasiat dan kegunaannya, seronok juga tanaman kita memberi manfaat kepada orang lain kan..:)
DeleteAkak pernah jumpa pokoknya, tapi tak pernah lihat buahnya..macam-macam kegunaan kesihatan, kata orang yang menanamnya
ReplyDeletebetul tu Zila, difahamkan banyak khasiat dari segi perubatan herba tradisional :)
Deletepahit kan kak buah ni
ReplyDeleteagaknyalah MM , kak ana tak pernah rasa pun..hehe :)
Deletefirst time tengok buah ni... mcm jambu kan
ReplyDeletesaiz macam jambu tapi di keras kulitnya dan bersabut dalamnya :)
Deletesha pun xkenal
ReplyDeleteOk sekarang Sha dah kenal hehe :)
Deletepertamakali kenal pokok n buah mahkota dewa ni Ana.yg kopi mahkota dewa tu di hasilkan dari buah ini ke?
ReplyDeletemungkinlah Kak Yon, ana tak pasti sangat tentangnya.. :)
Deleteuniknya nama buah ni
ReplyDeleteitulah Suki, kak ana pun suka dengan namanya, sangat gah kan :)
DeletePernah tengok pokok jer... buah ni baru tengok. Macam-macam kegunaan untuk perubatan tak silap
ReplyDeletekak ana pun 1st time lihat pokok dan buahnya Mrs.A
Deleteini rupa buahnye ye..
ReplyDeleteinilah rupanya Mar :)
Deletesy pun br 1st time dgr psl buah nie...hehe...
ReplyDeletesekarang dah kenal kan Nisa hehe :)
Deleteboleh makan bersahaja ka kak ana
ReplyDeletedifahamkan tak boleh aRz, dijemur dan dijadikan minuman untuk perubatan herba .
Deletehurm...buah dia takleh makan camtu je ek, hehehe..kot la leh makan gitu je cam buah epel, heeee~
ReplyDeletetu lah eMMe, kalau boleh terus kokak dan rasanya sedap ok juga kan..hehe :)
Deletefirst time tengok... sedap ke??
ReplyDeletetak leh makan sebegitu je Miz Eija, sejenis buah untuk perubatan herba :)
Delete