Buah Mahkota Dewa:


Pertama kali melihat rupa buah dan pertama kali juga ana mendengar namanya yang sangat gah.Mahkota Dewa satu nama yang menggambarkan keperkasaan. Ana jumpa buah ini di Janda Baik ketika berada di salah sebuah gerai makan.Buah berwarna merah ketika masak ranum ini sangat unik seperti buah epal dari jauh cuma saiznya kecil-kecil.Macam-macam nama kami teka dan akhirnya tuan punya kedai memberitahu nama buah tersebut ialah buah Mahkota Dewa.


Pokok buah Mahkota Dewa

Pokoknya tak terlalu tinggi dan renek sahaja dengan daun-daun kecil yang lebat.Menurut pakcik pemilik kedai makan tersebut, buah Mahkota Dewa ini banyak khasiatnya.Buah akan dikeringkan dan direbus semula untuk dijadikan minuman.Menerusi carian Google ana dapati buah ini mengandungi pelbagai kandungan yang sangat berkhasiat untuk mengubati pelbagai penyakit.Bolehlah terus mengGoogle untuk mengetahui kandungan dan khasiat buah Mahkota Dewa ini dari laman-laman 'web' yang sedia ada, kerana ana sendiri tidak mengetahuinya secara jelas.


~berkongsi info buah Mahkota Dewa disini~

36 Comments

  1. Maknanya, buah ini tak boleh dimakan macam makan epal, ya? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh kakcik, tak sedap pun agaknya sebab dia sejenis ubat kan :)

      Delete
  2. acik ada buku berkaitan mahkota dewa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin acik erna boleh share dengan kami satu hari nanti tentang khasiat2nya ..:)

      Delete
  3. memang banyak di Pahang ke?sebab kat sana famous betul kopi Mahkota Dewa, terutama kat Kuantan..buah rupanya..saya ingat tumbuhan herba..thanks sharing kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah Sal, mungkin juga..kak ana pun tak ada pengalaman tentang buah ni,sekadar berkongsi fotonya sahaja disini :)

      Delete
  4. Replies
    1. erm ada rupanya kopi perisa ni ye kak Kamsiah, ana tak tahu pun sebelum ni :)

      Delete
  5. Buah ni memang femes sekarang ni. Ramai yang tanam sebab dikatakan banyak khasit perubatan terkandung didalamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah ana difahamkan Kak Mala, buah ni banyak khasiat perubatannya..:)

      Delete
  6. assalamualaikum ana...hubby mama pun ada tanam sebatang pokok mahkota dewa ni di hadapan rumah...pokoknya mmg rendah jer n kerap berbuah...kadang jiran2 yg tahu memakannya kami berikan buah tu pada mereka jer...buah ni kena pandai kopek kerana ada bahagian bijinya kot yg x boleh dimkn...mama dpt tahu pun dr mereka2 yg pandai memakannya....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, mungkin mereka yang arif tahu tentang khasiat dan kegunaannya, seronok juga tanaman kita memberi manfaat kepada orang lain kan..:)

      Delete
  7. Akak pernah jumpa pokoknya, tapi tak pernah lihat buahnya..macam-macam kegunaan kesihatan, kata orang yang menanamnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Zila, difahamkan banyak khasiat dari segi perubatan herba tradisional :)

      Delete
  8. Replies
    1. agaknyalah MM , kak ana tak pernah rasa pun..hehe :)

      Delete
  9. first time tengok buah ni... mcm jambu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saiz macam jambu tapi di keras kulitnya dan bersabut dalamnya :)

      Delete
  10. pertamakali kenal pokok n buah mahkota dewa ni Ana.yg kopi mahkota dewa tu di hasilkan dari buah ini ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkinlah Kak Yon, ana tak pasti sangat tentangnya.. :)

      Delete
  11. Replies
    1. itulah Suki, kak ana pun suka dengan namanya, sangat gah kan :)

      Delete
  12. Pernah tengok pokok jer... buah ni baru tengok. Macam-macam kegunaan untuk perubatan tak silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun 1st time lihat pokok dan buahnya Mrs.A

      Delete
  13. sy pun br 1st time dgr psl buah nie...hehe...

    ReplyDelete
  14. boleh makan bersahaja ka kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. difahamkan tak boleh aRz, dijemur dan dijadikan minuman untuk perubatan herba .

      Delete
  15. hurm...buah dia takleh makan camtu je ek, hehehe..kot la leh makan gitu je cam buah epel, heeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah eMMe, kalau boleh terus kokak dan rasanya sedap ok juga kan..hehe :)

      Delete
  16. first time tengok... sedap ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak leh makan sebegitu je Miz Eija, sejenis buah untuk perubatan herba :)

      Delete