Bunga telang untuk nasi kerabu:


Bunga Telang

Sebelum ini, ana ingatkan nasi kerabu berwarna biru dengan menggunakan pewarna .Setelah berpindah ke kejiranan di sini, dan jiran belakang rumah merupakan seorang peniaga nasi kerabu dari pantai timur,barulah ana ketahui bahawa nasi kerabu berwarna biru dengan menggunakan warna asli dari tumbuhan iaitu bunga Telang.

Dua tiga hari lepas , melalui lorong belakang rumah untuk ke kedai runcit,ana terpandang di pagar jiran berkembangan bunga Telang dan terfikir untuk dikongsikan bersama disini.Bunga Telang ini akan direndam,direbus seketika untuk mengeluarkan warna biru yang asli.Kemudian dari air ini, nasi di masak bersama sehingga menghasilkan warna biru pada nasinya.



~berkongsi info disini~