Zahira di Samarinda TV3 (Google Image)

Lama juga tak muncul dengan drama siri terbaru, paling akhirpun dalam Teduhan Kasih yang lalu, kali ini peminat Adi Putra boleh menonton lakonannya menerusi slot Samarinda di Tv3 mulai 20hb November 2014 yang lalu.Di tayangkan setiap Rabu dan Khamis jam 10:00 malam menyaksikan watak yang amat jauh berbeza dari drama-drama romantis sebelum ini. Berganding dengan pelakon wanita popular masa kini Zara Zya.

Sinopsis Zahira:

Kisah Zahira seorang pelajar cemerlang di universiti namun terpaksa bekerja sebagai pengasuh anak-anak Syed Iqbal, seorang lelaki kaya yang sangat sombong dan bengis.Zahira bersama ibu angkatnya mempunyai beban hutang yang banyak dalam kehidupan yang sukar terpaksa bekerja sebagai pengasuh untuk menyelesaikan hutang ibu angkatnya.

Pertemuan dengan Syed Iqbal akhirnya akan membenihkan rasa cinta antara mereka kelak didalam pelbagai konflik.

Paling menarik lagu tema untuk drama siri Zahira ialah lagu Mewangi nyanyian Akim & The Magistrate yang sangat indah lirik dan melodinya pada masa kini.Jangan lupa jom kita terus melayan satu lagi drama siri menarik di malam hari.


Antara pelakon drama Zahira

Adi Putra sebagai Syed Iqbal dalam Zahira



~berkongsi info telemovie disini~