Aiskrim Pasu

Sana sini orang 'share' pasal aiskrim pasu yang dijual di kedai-kedai aiskrim serata tempat. Macam-macam rupa mengikut kreativiti masing-masing.Zaman sekarang ni pelbagai cara orang mempromosi dan menginovatifkan bahan makanan, sesuatu yang positif jugalah untuk tujuan perniagaan.

Adik Ika pun tak kurang juga kreativitinya, petang Ahad ni.Memandangkan minggu ni kami tiada sebarang rancangan untuk keluar , dia buat projek aiskrim pasu di rumah.Semalam ke Aeon, dia minta untuk dibelikan aiskrim coklat dan biskut Oreo sebungkus.Rupanya inilah hasilnya petang ni, aiskrim pasu versi Adik Ika.

Senang sangat nak buat, masukkan beberapa 'scoop' aiskrim ke dalam bekas plastik yang ala-ala pasu ni, kemudian di'blend'nya biskut Oreo dan ditaburkan di atas aiskrim tadi.Kalau yang dijual tu, di tambahkan potongan kek didalam bekas airkrim. Di ambilnya bunga plastik dari hiasan meja, (pastikan basuh bersih-bersih terlebih dahulu) dan pacakkan sebagai hiasan. "Done!" katanya. Bolehlah Dik , dia juga yang nak makan aiskrim tu... :)

~berkongsi aiskrim pasu mudah disini~