Jalan-jalan Cari Panda
Panda di Publika :
Sebelum ni, ana lihat di FB di hadapan menara condong Teluk Intan ada pameran Panda ni, masa tu anak-anak kecewa tak dapat nak pergi. Dua hari lepas dapat 'whatsapp' dari kawan bagi info yang 'Panda tour' ni ada kat Publika,Hartamas. Petang Ahad semalam memandangkan tiada apa-apa aktiviti, kami ke sana untuk melihat 1600 anak patung Panda di ruang legar Publika.
Publika, Hartamas Height,Kuala Lumpur |
Road tour Panda ini telah mengelilingi dunia dan sekarang berada di Malaysia anjuran WWF untuk mempromosikan mesej kempen pemuliharaan secara kreatif hidupan Panda.Di Malaysia ia telah bermula pada 21hb Disember 2014 di Dataran Merdeka dan berakhir pada 25hb Januari 2015 di sini, Publika,Hartamas. Disini kita dapat melihat pameran dan jualan patung-patung comel Panda sambil mengetahui latar belakang Panda dan menderma untuk tabung WWF.
Ana ke sini bersama Adik Ika sekadar melihat kecomelan patung-patung Panda sebanyak 1600 buah yang disusun di sepanjang ruang legar Publika sambil bergambar kenangan. Suatu pengalaman yang agak unik, tak pasti bila akan ada kesempatan sebegini lagi.Cuma terkilan juga kerana Kak Long tak dapat bersama kerana memang dia yang sangat menggemari ikon Panda ni.
Berada di Publika sehingga 25hb Januari 2015 |
~berkongsi info disini~
25 Comments
banyaknya patung panda tu ana..rajin sungguh dia orang bawak banyak2 tu
ReplyDeletebanyak acik ada 1600 ekor patung panda semuanya :)
DeleteCP cukup suka dengan pamda..atas katil pun ada sekor hihi
ReplyDeleteaik boleh geng dgn anak kak ana ni, suka panda hehe :)
Deletewow bestnya panda banyak..rugi tak pegi publika last weekend
ReplyDeletemasih ada disana Suki till 25 Jan ni :)
DeleteOoooo kat Publika rupanya... patut lah ramai kawan bergambar ngan panda ni... ingatkan kat mana
ReplyDeleteYup Najib di Publika sehingga 25 Januari ni :)
DeleteWahh..byknyer panda!
ReplyDeletebanyakkan Miss yana 1600 ekor semuanya :)
DeleteCOMELNYA PANDA
ReplyDeletecomel sangat Cik Ash :)
Deleteassalamualaikum ana....banyaknya panda cute jer...;)
ReplyDeletewaalaikusalam mama : banyak tapi mahal kalau nak beli seekor dijual rm60 termasuk untuk derma WWF sekali :)
Deletebanyaknya panda.. tak perasan pula dekat Dataran Merdeka mereka ni ada ... padahal hari2 lalu situ.. mesti serbu gak ni
ReplyDeleteada sehari je di sana hari tu SS.. macam di Dataran Teluk Intan pun dipamerkan untuk sehari sahaja :)
Deletewaaahhh banyaknya pandaaa... suka suka
ReplyDeletehehe suka ye sakinah :)
DeleteRasa nak mik satu simpan kat umah.hehehe
ReplyDeleteKalau boleh ambik kak ana orang pertama bawa balik mimi hehe :)
Deletecuma patung Panda ni tak gebu Diana Rashid macam bear toys tu hehe :)
ReplyDeleteAla diorang tak dtg Kedah ke.. cutee!
ReplyDeletedia ada road tournya cuma kak ana tak pasti lokasi, namun dah berakhir di Publika minggu depan ni :)
Deletenak satuu..agak2 dowg pasan tak kalo kite amik sekor, heee~ byk tu 1600 ekor, huhuuhu..wat pe byk2 ni, juai ke kak Ana?
ReplyDeleteeee jangan eMMe hehe, depa pagar dengan tali kawasan pameran tu..yang banyak2 tu hanya untuk pameran 'road tour' yang untuk jualan ada booth nya lain :)
Delete