Ikan yang mempunyai sisik yang banyak biasanya juga akan mempunyai tulang yang banyak dan halus.Contohnya ikan Terubuk, ikan Rohu, ikan Belanak, ikan Susu, ikan Lampam dan sebagainya. Makan ikan-ikan tersebut memang sedap kerana rasa lemak pada isinya, namun masalah ketika makan ialah untuk mengasingkan tulang-tulangnya.

Jika ikan Terubuk, selalunya ketika membeli di pasar, mak ana akan meminta penjual ikan menarik bahagian ekornya supaya tulang-tulang di dalamnya longgar dan mudah untuk di asingkan nanti.Manakala ikan-ikan bertulang halus yang lain, mak memberi petua kepada ana untuk mengelar isi ikan halus-halus supaya mudah mengeluarkan tulang-tulang halus ketika makan.Selain itu, selalunya ikan yang bertulang banyak ini, elakkan masak berkuah tetapi lebih mudah di goreng atau di bakar sahaja.

P/S: Sekiranya pembaca ada tips yang lain bolehlah kongsikan di ruang komen,bersama kita kongsikan sesuatu yang mungkin bermanfaat kepada orang lain.In Shaa Allah.



petua masak ikan banyak tulang
Ikan Lampam di kelar halus dan di goreng garing

Ikan Lampam Bersambal:

 

Ikan Lampam bersambal

Sebelum ini memang tak pernah makan ikan Lampam, sejenis ikan air tawar. Melihat pada sisiknya, ana dapati pasti ianya banyak tulang halus.Pada awalnya ana bercadang nak masak lemak cili api sahaja, tetapi atas nasihat jiran yang memang kaki pancing, ikan Lampam ini lebih sesuai di masak sambal sahaja supaya mudah mengasingkan tulang ketika makan.

Ikan Lampam dan seperti kebanyakkan ikan air tawar perlu dibersihkan elok-elok dan di bilas dengan air basuhan beras atau perahan limau nipis untuk menghilangkan baunya.Kemudian kelar isinya halus-halus dan di goreng garing.

Untuk sambalnya, tumiskan bawang besar,bawang putih, serai dan cili 'blend' hingga masak. Tambahkan bahan perisa dan sadurkan semula bersama ikan yang telah di goreng garing tadi. Mudah dan ringkas.Ikan Lampam ni rasanya lemak-lemak manis dan agak sedap.


~berkongsi tips dan resepi mudah disini~