Tips Masak Ikan Banyak Tulang
Ikan yang mempunyai sisik yang banyak biasanya juga akan mempunyai tulang yang banyak dan halus.Contohnya ikan Terubuk, ikan Rohu, ikan Belanak, ikan Susu, ikan Lampam dan sebagainya. Makan ikan-ikan tersebut memang sedap kerana rasa lemak pada isinya, namun masalah ketika makan ialah untuk mengasingkan tulang-tulangnya.
Jika ikan Terubuk, selalunya ketika membeli di pasar, mak ana akan meminta penjual ikan menarik bahagian ekornya supaya tulang-tulang di dalamnya longgar dan mudah untuk di asingkan nanti.Manakala ikan-ikan bertulang halus yang lain, mak memberi petua kepada ana untuk mengelar isi ikan halus-halus supaya mudah mengeluarkan tulang-tulang halus ketika makan.Selain itu, selalunya ikan yang bertulang banyak ini, elakkan masak berkuah tetapi lebih mudah di goreng atau di bakar sahaja.
P/S: Sekiranya pembaca ada tips yang lain bolehlah kongsikan di ruang komen,bersama kita kongsikan sesuatu yang mungkin bermanfaat kepada orang lain.In Shaa Allah.
Ikan Lampam di kelar halus dan di goreng garing |
Ikan Lampam Bersambal:
Ikan Lampam bersambal |
Sebelum ini memang tak pernah makan ikan Lampam, sejenis ikan air tawar. Melihat pada sisiknya, ana dapati pasti ianya banyak tulang halus.Pada awalnya ana bercadang nak masak lemak cili api sahaja, tetapi atas nasihat jiran yang memang kaki pancing, ikan Lampam ini lebih sesuai di masak sambal sahaja supaya mudah mengasingkan tulang ketika makan.
Ikan Lampam dan seperti kebanyakkan ikan air tawar perlu dibersihkan elok-elok dan di bilas dengan air basuhan beras atau perahan limau nipis untuk menghilangkan baunya.Kemudian kelar isinya halus-halus dan di goreng garing.
Untuk sambalnya, tumiskan bawang besar,bawang putih, serai dan cili 'blend' hingga masak. Tambahkan bahan perisa dan sadurkan semula bersama ikan yang telah di goreng garing tadi. Mudah dan ringkas.Ikan Lampam ni rasanya lemak-lemak manis dan agak sedap.
~berkongsi tips dan resepi mudah disini~
37 Comments
TQ Kak Ana atas tipnya.. ikan lampam tu mmg sedap dibakar atau goreng atau disambal sahaja.. sedappppp!
ReplyDeletemost welcome dear Eny... :)
DeleteDari malam tadi kakcik terasa teringin sangat nak makan nasi panas2 dengan ikan goreng....tengok gambar Ana ni keinginan tu lagilah membuak balik...
ReplyDeletelaa ye ke Kakcik, senang je tu goreng ikan garing-garing buat kawan nasi :)
Deletebiasanya pcl makan ikan lampam kat bhg perutnya je..takde tulang kecik lagi satu..sedap lemak bhgian tu..walah !
ReplyDeletememang lah PCL, kat situ tak ada tulang tapi takkan belah lain tak makan dah hehe :)
Deletesedapnya kak ana...makan nasi putih dengan ikan ni & kicap pon sodapppppp:)
ReplyDeleteMieja suka ye, kak ana suka juga lemak-lemak manis tapi problemnya kat tulang tu lah hehe :)
Deletetips ikan terubuk tarik ekor tu pertama kali dengar..lain kali boleh cuba cara nie... :-))
ReplyDeletecubalah Yan, peniaga Cina kat pasar pun tahu buat camni :)
Deletebonde suka Asam Pedas Ikan Parang... Sedapnya.. kene sabar makan sebab tulang banyak..
ReplyDeleteLaa lupa lah Bonde nak mention ikan parang, memang best lah asam pedasnya :)
Deleteikan belanak sedapp!hehe
ReplyDeletekak ana kurang minat pula sayidah napisah... tq singgah sini :)
Deleteanis memang tak reti bab makan ikan tulang banyak nie.. lemah sikit..huhu..
ReplyDeletetu lah kak ana pun lemah sikit tak best nak makan sambil asingkan tulang ni..:(
Deletebagus tips ni kak ana ^^
ReplyDeletetq Nani :)
Delete1st time tahu ad apetua rupanya..huhu thanks sharing
ReplyDeleteOk Dayah, sekarang dah tahu ye hehe :)
DeleteIkan parang msk asam pedas. Nyum..nyum
ReplyDeletethe best kan ewento marcello :)
DeleteNampak sedap.. cuma saya tak berapa makan ikan sangat especially yang rebus punya. Hehehe. Anyway, thanks for sharing Kak Ana.
ReplyDeleteOk Pojie, tak apa tak makan ikan makan daging ke, ayam ke, telur ke banyak lagi yang boleh kita mamam kan hehe :)
Deletesaya tahu makan jaaaaaaaaaaaaaaaa. heheheehe :D
ReplyDeletewah ikhlasnya Umi Nazrah hehe :)
Deleteisi ikan banayk tulang memang sedap kan ana..lemak je.tapi acik sekarang ni dah lama behenti makan ikan banyak tulang..padahalnya ikan terubuk ngan ikan parang tu memang kegemaran acik..mata dah tak berapa nak terang..pakai cermin pun sama..tak berani dah nak makan ikan banyak tulang.
ReplyDeleteacik pun sama macam ana juga..pegang kepala dan ekor ikan kemudian tarik..memang dengar la bunyi tulang iakn tu
Ye lah acik rasa memang sedap tapi makan berisiko, sama jugalag ye petua kita :)
DeleteIkan by tulang yg cikla paling suka ikan terubuk. Lg2 kalau masak Asam pedas...sedappp... Ikan lampam cikla tak pernah cuba... Hehe
ReplyDelete*by - byk ... Typo lak... Hehe
Deleteterubuk memang sedap kan Cik La, lemak sangat isinya..lampam lebih kurang rasa terubuk jugaklah :)
Deletethanks kak ana for the tips!ikan banyak tulang memang isinya lebih sedap.macam analogi life jugak.makin banyak cabaran, makin manis kejayaannya.ewah, bermadah pujangga plak...hahaha
ReplyDeletewah wah indahnya kaitan ikan bertulang dgn falsafah kehidupan Sal, I Like !!
Deletetak pernah cuba kak ana. sedsap sangat ka?
ReplyDeletelebih kurang rasa terubuk gak aRz :)
Deleteassalamualaikum ana...kalau mama panggil ikan tamban ni...mmg sedap kalau digoreng makan masa panas2 lagi...
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, Oo mama panggil tamban ye, kalau ana tamban ni kecil sikit saiznya tapi sama gak banyak tulangnya..:)
Delete