faux cake,kek tiruan

Cantik dan sedap sungguh bila terpandang dua biji kek yang telah siap di hias di letakkan di atas meja makan ni. Tapi sayang seribu kali sayang kerana kek-kek ini tidak boleh dimakan kerana..



Kerana ia hanyalah kek tiruan ataupun lebih dikenali dengan panggilan 'faux cake' di kalangan peminat seni hiasan rumah bertema Inggeris.Selain daripada kek, terdapat juga 'faux cookies', 'faux cup cake', 'faux donut' dan sebagainya yang sering dijadikan hiasan rumah.


faux cake,kek tiruan

Faux Cake @ Kek Tiruan:

'Faux cake atau kek tiruan ini dibuat daripada simen lepa atau 'putty sealer' yang digunakan bagi menutup rekahan pada dinding.Faux cake ini boleh tahan bertahun-tahun lamanya dan tetap akan sama selagi tidak terjatuh atau pecah.

Diantara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat 'faux cake' ialah simen lepa,gabus hijau atau span bunga dan bahan-bahan hiasan kek seperti bunga,buah-buahan atau daun palsu.Namun kepakaran dan kemahiran dalam seni menghias kek juga perlu untuk menghasilkan sebiji 'faux cake' yang cantik.Begitu juga teknik mencampurkan warna yang betul perlu dipelajari untuk hasil yang lebih menarik.

Namun usah bimbang kerana pada masa kini, terdapat banyak perkongsian di internet dari blog-blog atau Youtube yang mengajar teknik membuat 'faux cake'. Begitu juga terdapat kelas-kelas dari mereka yang arif dalam seni hiasan 'faux cake' untuk di hadiri.

'Faux cake' di atas adalah hasil seni adik ipar ana, Juliana yang telah menghadiri kelas pembuatan seni hiasan kek tiruan ini.Bertambahlah hiasan rumahnya yang amat meminati seni hiasan Inggeris di samping seorang yang sangat minat dengan seni decoupage yang secara tidak langsung memberi pendapatan sampingan buatnya.


~berkongsi idea kreatif disini~

18 Comments

  1. baru terfikir nak order Kek dengan Kak Ana...hehe

    ReplyDelete
  2. sabo jelah tengok kek ni kan kena baut sndiiri lah jawabnya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, Kak Noor kan pakar masakan,baik buat kek betul-betul je :)

      Delete
  3. kikikih . tertipu dengan kek . tapi nmpk real

    ReplyDelete
  4. palsu ke tidak, tetap nampak sedap

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ana...ingatkan kek betul tadi anak rupa2nya kek hiasan yer...cantik2 la...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, tulah macam real kan,ada yang macam-macam lagi cantik2 mama :)

      Delete
  6. woo kek dari simen...first time dengar....sayang cantik xboleh makan tapi :D

    ReplyDelete
  7. Kak Ana cantik cake tu...
    munge2 lagi... English style

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Bonde tapi sayang tak bisa di makan hehe :)

      Delete
  8. Hehehe cantik tp tak blh mkn huhuhu

    ReplyDelete