Koleksi pasu hiasan ruang tamu rumah:

Terdapat pelbagai tema dalam menghias ruang tamu rumah masing-masing.Ada yang memilih tema hiasan seni Inggeris, ada yang lebih gemar tema moden, malah ada yang cenderung kepada tema minimalis dan tak kurang juga suka dengan tema zen. Segalanya mengikut kemahiran dan minat tuan punya rumah. Ana lebih minat dengan ciri-ciri kontemporari dan lebih keMelayuan dalam menghias ruang tamu.Memaksimunkan ruang namun tidak terlalu sarat.Antara elemen hiasan yang terdapat di ruang tamu rumah ana ialah koleksi pasu hiasan.



pasu hiasan rumah
Koleksi pasu hiasan di atas meja konsul

Ana gemar menghias ruang tamu dengan serba sedikit konsep etnik dengan elemen kemelayuan tradisional. Mungkin persekitaran ketika membesar di kampung dahulu banyak mempengaruhinya tambahan aksesori sebegini mudah dimiliki dengan harga yang mampu di miliki. Seorang suri rumah sepenuh masa yang kurang bajet namun punyai minat yang mendalam.Mempunyai banyak koleksi pasu hiasan adalah dari sokongan adik-adik dan anak-anak buah yang rajin memberikan cenderahati ketika mereka melancung atau sebagai hadiah hari jadi.Di samping koleksi sendiri yang telah lama ana miliki sejak dahulu lagi ketika tinggal di rumah apartment.


koleksi pasu sarawak
Koleksi pasu dari Sarawak


Pasu-pasu kecil , ana susunkan di atas rak kayu empat tingkat di satu sudut di ruang tamu rumah menuju ke dapur.


Pasu seramik putih dihiasi kuntuman bunga ros yang ana letakkan di atas sebuah meja bulat di sudut ruang tamu rumah.



Labu sayung hitam, beberapa pasu tanah liat bersaiz sederhana menjadi teman di rak tv di ruang tamu rumah.



Sebuah tempayan atau pasu besar yang dicatkan warna keemasan, ana letakkan di sudut tepi ruang makan di dalam rumah dan dihiasi dengan reranting yang tinggi.

Faktor yang paling sukar dalam menjaga koleksi pasu hiasan ini ialah kehadiran habuk.Paling tidak sebulan sekali kita perlu mengelap koleksi pasu ini kerana terdapat banyak habuk yang melekat di sekelilingnya. Semoga perkongsian ini akan memberi serba sedikit inspirasi bagi yang mencari idea untuk menghias ruang tamu rumah dengan menggunakan pasu-pasu hiasan pelbagai saiz.


~berkongsi idea disini~