www.anajingga.com 

Kini impian jadi kenyataan.Bersama ikatan ukhwah yang ada di dalam Exchange Feed Group, bersama berusaha dan berkongsi buah fikiran, akhirnya sebahagian dari keluarga EFG berjaya memiliki domain sendiri hari demi hari.Dan semalam giliran ana dan Ewan. Kini anajingga.blogspot.com telah menjadi www.anajingga.com. Alhamdulillah.




Cara menukar domain blog:

Bukan mudah juga kaedah menukar url dari blogspot ke domain sendiri.Banyak proses yang perlu dilakukan lebih-lebih lagi seperti ana yang agak kurang arif dengan ilmu IT. Bermula dengan pendaftaran di NetKL , kemudian memilih nama dan Alhamdulillah anajingga.com masih belum ada yang punya.

Selepas membuat pembayaran, ana melalui satu proses yang agak panjang dan agak rumit bagi ana untuk menukar url dari blogspot ke domian sendiri. Banyak pertukaran perlu dilakukan di NetKL dan di blogspot sebelum berjaya sebagai anajingga.com.Jika benar-benar tidak boleh melakukannya sendiri, pihak NetKL menyediakan perkhidmatan untuk menukar domain dengan bayaran RM3 sahaja.

Segalanya terhasil juga dengan pertolongan dari dua orang adik EFG, aina dan along yang sabar melayan kakaknya.Satu demi satu langkah-langkah yang kami buat bersama sehinggalah berjaya sepenuhnya.Terima kasih Aina dan Along. Dan inilah kami di EFG segalanya kami usahakan bersama-sama, tak kiralah samada blogger otai dan popular atau yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog kami sama-sama membantu meningkatkan prestasi blog setiap ahli.

Dan In Shaa Allah , semoga segala yang kami kongsikan di EFG akan memberi manfaat buat semua dan akan terus mekar mewangi sebagai sebuah keluarga yang saling menyayangi dengan ikatan ukhwah.