Lakaran kenangan yang masih tersimpan didalam lipatan sebuah diari lama.Mengimbas kemanisan di zaman remaja yang penuh keindahan yang tercipta.ARDISMA nama pena yang hanya aku dan dia yang tahu pemilik puisi usang ini. Biarpun semakin hari semakin lupus dari layangan ingatan, sehelai kertas dengan tulisan tangan ini akan kekal sebagai kenang-kenangan.

Terima kasih atas ikatan persahabatan, terima kasih menyulam kisah silam bersama di ketika hadirnya rindu dan tawa, terima kasih kerana pernah bertahta di hati walau bukan selamanya.Aku, dia dan kenangan biarlah jarak waktu yang terlalu jauh memisahkan. 

Coretan sekadar coretan yang kian usang di mamah usia, coretan yang dahulunya bermakna kini cuma naskah lakaran jiwa lara, coretan yang indahnya waktu itu, kini bukan lagi milik kita bersama.

Sahabat.. kawan lama..atau  apa jua yang harus dipanggil namanya, HADIRMU adalah satu dari bait-bait indah yang pernah membuatku tersenyum,hingga saat ini.

8 Comments

  1. Amboi kak..penuh persoalan saya baca entry nih..heheh..siapakah si dia itu??hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DR biarlah rahsia... bak kata Tok Ti kita ye haha :)

      Delete
  2. Sentimentalnya... Kak Ana :-)

    ReplyDelete
  3. Wah siapa sahabat lama ini. Rasanya fendi faham bahasa ini

    ReplyDelete