Majlis Ukhuwah Komuniti Whatsapp 3/1 Desa Mas
Semalam telah berlangsungnya program anjuran Komuniti Whatsapp 3/1 Desa Mas iaitu majlis jalinan ukhuwah dan silaturrahim penduduk Jalan 3/1, Taman Desa Mas.Melalui aplikasi whatsapp beberapa penduduk di sini tercetusnya idea untuk mengadakan satu majlis makan tengahari secara bergotong-royong sambil berkenal-kenalan dengan jiran selorong. Al maklumlah kekangan waktu di mana kebanyakkan penghuni bekerja setiap hari membuatkan jalinan ukhuwah sesama jiran kurang terjalin.Dengan usaha murni sebahagian penghuni semoga kumpulan komuniti whatsapp ini akan terus terjalin dan segala informasi berguna khasnya soal keselamatan penghuni dapat disampaikan seberapa segera.In Shaa Allah.
Jom ana belanja beberapa keping foto semasa majlis gotong royong memasak dari kiriman whatsapp di group komuniti 3/1 Desa Mas dan yang sempat ana rakamkan sendiri sepanjang majlis ini berlangsung.
Majlis tengahari semalam juga turut dihadiri oleh anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Budaya Harapan bersama bacaan doa oleh ustaz dari Pusat Jagaan tersebut.
Sekarang mari kita tengok antara menu-menu yang di masak secara gotong-royong oleh penduduk dan ada yang di bawa secara 'potluck'. Semuanya sedap-sedap belaka, rugi siapa yang tak datang kan.
|
Kuih Apam |
|
Karipap yang panas lagi |
|
Sayur Goreng, ikan goreng dan ikan masin |
|
Kek coklat yang awesome |
|
Kari daging dan ayam goreng berempah |
|
Menu wajib pencuci mulut |
|
Air Katira dan sirap |
Menerusi program sulung ini, adalah diharapkan kerjasama akan terus terjalin untuk pelbagai lagi aktiviti akan datang .
~selamat menjalin ukhuwah antara penduduk Desa Mas~
14 Comments
Seronok nya...dpt gotong royong sesama jiran...teringat suasana di kg dulu2...
ReplyDeletehaah memang seronok gak cik epa sesekali berkumpul cam ni :)
DeleteBestnyaaa. Jiran sesamau bermuafakat. Kipidap
ReplyDeletewill kipidap Min haha :)
Deletewahhh bgus nye jiran...bgus tolong mnolong...
ReplyDeletesemoga akan diteruskan tradisi begini kan yanie :)
DeleteWah seronoknya semangat kejiranan yang tinggi.. Makanan pun best best
ReplyDeleteamboi wani, fokus kat makanan ye hehe :)
Deletemeriahnya
ReplyDeletemeriah jugalah CN :)
Deletebaguslah..takdelah orang kata sesama jiran tapi nama pun tak tau..
ReplyDeletekan Sal, tak rugi jika saling mengenali ni kan
DeleteSemoga ukhuwah yg terjali akan terus berkekalan hendakNya
ReplyDeletebegitulah hendaknya Lya :)
Delete