Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

 


Antara amalan yang paling seronok ketika di bulan Ramadan ni ialah berbalas juadah ketika hampir waktu iftar.Lebih kurang bertukar-tukar menu makanan lah di kalangan jiran tetangga dan saudara mara kan.Namun semakin lama tradisi ini semakin kurang di amalkan di kalangan kejiranan. Ada beberapa sebab mengapa ia semakin kurang popular.


Salah satunya ialah faktor masa. Jika dahulu, kaum ibu akan memasak masakan untuk hidangan iftar namun kini kebanyakan dari kaum ibu keluar bekerja. Pulang ke rumah pun sudah hampir tiba waktu berbuka.Cara paling mudah beli sahaja di bazar-bazar Ramadan.Bila dah juadah beli, tentunya tak seronok lagi nak berbalas juadah kan.

Suasana bertukar juadah ni paling seronok ketika kami di usia kanak-kanak dahulu, di kalangan sepupu dan saudara mara sekampung.Maklumlah kalau mak masak di kampung dahulu, tidak lah banyak menunya.Sekadar lauk makan dengan nasi dan sejenis pencuci mulut resepi ibunda seperti bubur, kuih muih, agar-agar, pengat atau lain-lain menu manisan. Bazar Ramadan memang tak ada.

Setiap kali mak menyuruh menghantar juadah ke rumah mak saudara, bukan main seronok lagi sebab nanti akan mendapat balasan menu yang lain pula.Kan bertambah juadah kami untuk iftar.Tradisi ini masih ana teruskan ketika menetap di Ampang dahulu.Di kalangan jiran ramai yang bertukar-tukar juadah kerana kami merupakan suri rumah yang sering kali  masak untuk hidangan iftar.

Sebenarnya, tak perlu balasan pun setiap juadah yang kita hantar.Namun sudah menjadi keseronokkan dalam meraikan bulan Ramadan ni sambil menghidupkan tradisi lama.Ana sendiri di sini, di kalangan jiran-jiran ada kalanya tidak membalas juadah pada waktu yang sama.Kadang-kala jika tiada juadah yang sesuai, kami simpan dahulu pinggan atau bekas dan hanya membalasnya beberapa hari kemudian setelah memasak sesuatu yang lain dari kebiasaan.

Apapun ia satu amalan yang mulia, kerana apabila kita memberi makan kepada orang yang berpuasa akan mendapat ganjaran pahala yang banyak.Disamping mengeratkan silaturrahim sesama jiran tetangga dan saudara mara.Waallahu a'lam.

10 Comments

  1. Betul tu kak Ana..amalan yang mulia,mengeratkan silaturrahim kan...tp dah kurang diamalkan dalam msayarakat sekarang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah SA, faktor kesibukan masa antara penyebabnya :)

      Delete
  2. huhu, rindu ngan suasana ni. ni la satu-satunya yang melambangkan keindahan Islam, sampai bangsa lain pun cemburu lihat kemesraan sesama kita.
    dulu, tinggal kat Pangkalan TLDM, memang suasana bertukar juadah ni mekar sungguh kat sana.
    hihi, paling best, budak kecik la...
    mak suh hantar 10 biji karipap kat jiran sebelah, sampai kat umah jiran, dah tinggal 9 biji jer...ilang lak satu. haha...(bukan saya, k).
    dugaan tau, bila nak kena hantar juadah ni. bau nyer,,,menggugat iman. hihi.
    -blogspot : rawatankanser2013

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PK, keindahan Islam yang jati membuatkan mereka semakin hari semakin cemburu dengannya, namun umat Islam sendiri yang memberikan gambaran yang tidak manis kerana banyak keindahan itu telah di salah gunakan , Waallahu a'lam

      Delete
  3. Ialah k. Ana masa kecik-kecik kat kg memang kejiranan Mrs. A rajin berbalas juadah ni. Sekarang pun masih ada tapi dah kurang dan tak semeriah those days.

    Tapi kat taman tempat Mrs. A tinggal ni hiks! malu nak share. Adalah Mrs. A dapat tapi tak balas lagiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe Mrs A, tak semestinya kita perlu membalaskan, cuma menjadi satu keindahan bila kita saling bertukar juadah ni, ok nanti time cuti masak sepesel sikit boleh lah kita balas pinggan jiran tu :)

      Delete
  4. Ramadhan 2015 ni Sha xberape rajin ke dapur..mask lauk ckup syarat je..huhu..thun2 lepas rajin jgk buat kuih2 sket anta kt jiran menyebelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana faham Sha sedang hamilkan anak kedua, mestilah kesihatan tidak begitu mengizinkan,, semoga di permudahkanNya sehingga ke akhir nanti, amin.

      Delete
  5. seronok laa menghantar sebab boleh curik rasa kan...

    ReplyDelete