Memori Raya 90-an Zaman


Sedar tak sedar hari ini, masuk hari ke empat belas #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 anjuran EFG-KBBA. Macam-macam yang telah kami kongsikan bersama ramai blogger-blogger lain yang turut mengambil bahagian memeriahkan cabaran kali ini. Seronok pula bila blogwalking sesama rakan blogger sambil membaca pelbagai kisah yang dikongsikan bersama.Hari ini tajuk cabaran ialah Memori Raya 90-an, zaman kegemilangan ana di usia remaja.


Awal tahun 1990-an sangat indah dengan sambutan Hari Raya tambah meriah bersama rakan-rakan sekolah di tingkatan enam atas.Biasanya kami akan beraya dari satu rumah ke satu rumah yang lain dengan menaiki kereta rakan yang mempunyai lesen memandu. Sakan beraya dari sekitar Teluk Intan hingga ke Bagan Datoh. Gelak ketawa bersama rakan-rakan tersayang seperti Iffah, Mazlina, Noor, Azza,Azmi,Fauzi,Ijad,Raja dan ramai lagi akan kekal menjadi sebuah nostalgia indah sepanjang hayat.

Dipertengahan tahun 1990-an, ana melalui satu lagi fasa kehidupan apabila pertama kali beraya sebagai seorang isteri.Pengalaman beraya di rumah mertua di Kuala Lipis, Pahang merupakan satu pengalaman baru yang sangat menyedihkan.Inilah pertama kali ana beraya tanpa kehadiran mak abah dan kaum keluarga.Walaupun terasa asing pada awalnya kerana perbezaan adat beraya di Perak dan Pantai Timur yang agak ketara,namun lama-kelamaan ia telah menjadi kebiasaan.

Kemudian kehadiran dua orang cahaya mata, merubahkan lagi lanskap sambutan perayaan ana dan suami.Sejak adanya puteri-puteri penyeri kehidupan kami, segala persiapan hari raya lebih tertumpu kepada mereka berdua.

Itulah antara corat-coret memori raya tahun 1990-an yang pernah ana lalui sebagai sebuah catatan perjalanan bernama kehidupan.In Shaa Allah semoga Aidil Fitri yang bakal mendatang tahun demi tahun akan lebih memberi sinar kebahagiaan buat kita semua.

6 Comments

  1. masa sekolah memang seronok beraya dengan kawan-kawan. Keluar awal pagi petang baru balik, puas berjalan .

    ReplyDelete
  2. Seronok kan sekali sekala mengimbau kenangan dulu dulu. Heheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nani, kenangan yang pasti kekal dalam ingatan :)

      Delete
  3. seronok juga mengimbau kenangan lama. benar kehadiran cahaya mata mengubah segalanya. nak marah pun tak jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehadiran mereka menambah ceria dan kemeriahan aidil fitri :)

      Delete