Koleksi Antik dan Barang Lama di Penang
Koleksi Antik dan Barang Lama di Penang
Tertarik dengan minat salah seorang sepupu ana yang tinggal di Pulau Pinang yang mempunyai hobi mengumpul barang-barang lama atau koleksi antiknya.Amir Ali sering bercerita di kalangan sepupu kami yang lain tentang hobi uniknya, dan terfikir pula ana untuk berkongsi pelbagai barang-barang lama yang kebanyakkannya sudah tiada di persekitaran kita di anajingga.com.Menerusi kiraman beberapa keping foto di aplikasi whatsapp ana kongsikan kembali disini dan manalah tahu ada dikalangan pembaca yang berminat untuk memilikinya bolehlah hubungi Amir Ali di Whatsapp : 014-266 4243Antara beberapa koleksi lama yang dimiliki |
Menurut Amir " Ni koleksi suka-suka je, koleksi yang seiring dgn usia E, zaman yang terdapat kenangan pada sesetengah item. Ada antaranya masa kecik tak mampu dimiliki, ada antaranya pernah dimiliki, ada antaranya pernah diguna oleh orang tua kita, semuanya mengimbau kenangan dan nostalgia. Bukan semua item-item ni rare atau lama, ada antaranya limited edition, sukar untuk kita dapat, tak kisah lama ke baru ke yang pasti suka untuk mengumpulnya,tak ada had sempadan."
Antara koleksi yang ada ialah seperti radio lama Hitachi, radio National, kipas lama yang bilahnya dari besi, ada barang-barang Milo lama, ada gelas kaca Mopiko, Planta, F&N, Hacks,Milo yang semuanya zaman dulu termasuk freegift . Barang zaman dahulu agak unik, ada 3-4 bahasa sekaligus pada barang tersebut, bahasa Melayu, Cina,India & tulisan Jawi.
Terdapat juga gumbe ( alat isi minyak/air ), keris pusaka, kalendar kain guni lama tahun 1986, frame rokok, frame susu cap junjung, talam minyak cap kapak, aneka keychains vintage, koleksi kereta mainan, lampu suluh lama, mancis api lama, handphone lama, mug enamel marlboro, tin rokok lama dan pelbagai lagi yang tersimpan di atas loteng rumahnya.Bolehlah cuci-cuci mata disini dan kalau berminat mungkin boleh tawar menawar harga dengan Amir di nombor yang ana nyatakan di atas.
~berkongsi koleksi antik dan barang-barang lama disini~
14 Comments
bila dh start mengumpul, jd best kan. lama lama addict.
ReplyDeletetu lah kan rara, macam2 koleksi boleh kita buat kan :)
Deleteconfirm dia ni rajin mengemas...
ReplyDeletehihi ye ke Sal.. agaknya lah kan :)
DeleteWahh bagusnyaa :D
ReplyDeletebagus ke nani haha :)
DeleteWow memang marvelous kotak mancis sedondon tu. KAT mana ni kak ana
ReplyDeletehaah kan arz rare dah tu, ni kat Seberang Perai rasanya runah sepupu kak ana tak pernah sampai lagi :)
Deletemacam best je barang barang antic ni
ReplyDeleteada yang rare dah mieza :)
DeleteWah, macam2 ada. Boleh tengok benda yang kita tak pernah tengok ^-^
ReplyDeletetu lah zumal barang-barang lama yang dah semakin payah nak jumpa ketika ini :)
Deleteadik ipar kumpul antik.
ReplyDeletetapi antik dia zaman dulu kala :)
nanti aida share ni dgn dia...
hobi yang menarik kan aida,terima kasih :)
Delete