Tertarik dengan beberapa keping foto yang dikongsikan oleh sahabat Facebook, ana kongsikan semula disini lima teknik penyediaan makanan yang ringkas dan mudah untuk disediakan sebagai menu pencuci mulut bersama keluarga, khasnya anak-anak.Teringat ketika anak-anak masih kecil dahulu, kami selalu menyediakan pelbagai menu bersama-sama di dapur.Adik Ika paling suka bab masak ni.Setelah meyediakan semua bahan, dia akan melakukannya sendiri langkah demi langkah dan kita hanya memantaunya sahaja dan bila berkaitan dengan penggunaan dapur atau oven barulah ana ambil alih.Dengan cara ini, anak-anak dapat bersama melahirkan kreativiti mereka.Jom kita lihat beberapa keping foto yang boleh dijadikan menu ringkas.Pandai-pandai kita lah mengubah bahan-bahannya mengikut bajet yang ada.

 Aiskrim  

Dari foto di atas, ana lihat mereka menggunakan air Sprite yang di campurkan dengan jelly bean.Kemudian dia tuang ke dalam acuan aiskrim dan letakkan batang aiskrim sebelum dibekukan di dalam peti ais.Kita boleh mengolah semula mengikut air minuman pilihan kita dan menggantikannya dengan campuran candy atau pun coklat chips.Kombinasinya kita tentukan sendiri.

 Buah-buahan celup coklat


Ana rasa resepi kedua ini ialah dipping fruit, atau buah-buahan yang dicelup ke dalam coklat masakan dan di sejukkan ke dalam peti sejuk.Mereka menggunakan kepingan buah kiwi namun kita bolehlah menggunakan sebarang buah yang ada di rumah.Celupkan ke dalam coklat masakan dan sejukkan semula. 

Aiskrim jus buah

 


Kisar buah-buahan seperti mangga, kiwi dan strawberi kemudian isikan ke dalam acuan aiskrim atau dari gambar di atas cawan plastik dan letakkan batang aiskrim di tengah-tengahnya.Sejukkan dan pastinya sedap kan.

Jeli buah oren

 



Pada ana ini satu idea yang menarik dan mudah.Mereka menggunakan serbuk agar-agar segera, panaskan dan letakkan ke dalam belahan kulit limau yang dikeluarkan isi nya. Untuk mengelakkan pembaziran, mungkin kita boleh gunakan semula isi limau sebagai hidangan sampingan untuk di makan bersama jeli.In Shaa Allah satu hari nanti ana ingin mencubanya sendiri.

Roti Cheese Goreng


Hidangan yang sesuai untuk sarapan atau minum petang.Potong kepingan roti dan letakkan sekeping cheese di tengahnya dan apitkan semula.Salutkan dengan telur yang telah di pukul dan panaskan di atas kuali  leper.Pastinya sedap kan di makan panas-panas.

Ermm setakad ini lah yang sempat ana kongsikan untuk rujukan ana di masa hadapan dan semoga dapat memberi serba sedikit idea bagi yang tercari-cari resepi-resepi untuk sajian anak-anak.Rasanya menu-menu ini bukan sahaja mudah namun pastinya berkhasiat apabila menggunakan buah-buahan segar.Jom kita cuba nanti kay..

kredit: Facebook.com