Tumis Kicap Paku Rawan

 


Paku rawan ni sejenis tumbuhan air yang tumbuh meliar di kawasan berair sekitar kampung, khasnya di bendang-bendang.Jika ketika remaja dahulu memang tak suka langsung nak makan sayur paku rawan ni, namun mungkin dek faktor usia yang makin meninggi, sekarang gemar pula makan sayur-sayur kampung.Semasa berada di kampung minggu lepas, ana terjumpa seikat paku rawan di dalam dapur mak,dan membawanya pulang untuk di masak tumis kicap.


Setahu ana, mak hanya mengajar kami makan dan masak tumis kicap sahaja sebagai menu masakan paku rawan ni.Cara memasak mudah dan asas tumis sahaja.Ana tumbuk lumat bawang merah,bawang putih,cili merah dan ikan bilis.Kemudian di tumis dan masukkan paku rawan yang telah di bersihkan.Masukkan kicap dan sedikit garam sebagai perisa.Siap.Sedap di makan panas-panas.

Selain itu,paku rawan juga sedap dibuat ulam dan dicicah dengan sambal belacan.Namun paku rawan perlulah dicelur terlebih dahulu sebelum dimakan.Ada juga yang menjadikannya bahan sampingan dalam hidanan pecal.Ini salah satu lagi makanan ibunda yang semakin pupus jika bukan generasi sekarang mencubanya kembali.


Bagi yang tak pernah melihat rupa paras paku rawan, inilah ana kongsikan disini pucuk paku rawan yang rasanya pahit-pahit manis. Daunnya juga boleh dimasak dan dimakan.


~berkongsi menu paku rawan disini~