Drama Bukan Isteri Sempurna di TV3
Drama Bukan Isteri Sempurna di TV3
Habis sahaja episod ulangan Amarra Batrisyah di slot Samarinda TV3, terjebak sekali lagi pula ana menonton drama siri adaptasi dari novel bertajuk Bukan Isteri Sempurna. Sebenarnya ana kurang berminat dengan lakonan Dazrin ni namun jalan cerita yang menarik di awal episod dan terpikat pula dengan lakonan Atikah Suhaime terus melekat depan tv menonton dan mengikuti slot drama siri ini.Jom ana kongsikan sinopsis drama terbaru di Samarinda buat bacaan di anajingga.com malam ini.Drama arahan Azmi Hatta terbitan A.Aida Production mula menemui penonton slot Samarinda di TV3 pada 3 September yang lalu.Waktu tayangan jam 10:00 malam setiap Selasa hingga Khamis.Membariskan pelakon seperti Dazrin Kamaruddin , Atikah Suhaime,Mimie Ernida, Aliza Shadan, Arash Mohamad, Khatijah Tan, Zulkiflie Ismail dan lain-lain lagi.
Sinopsis Bukan Isteri Sempurna:
Berkisar kepada kehidupan seorang adik lelaki yang sering terpaksa
mengorbankan kepentingan dirinya demi menjaga maruah keluarga dengan
memikul tanggungjawab onar yang dilakukan oleh abang kembarnya yang
telah mennodai anak perempuan pembantu rumah mereka.
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman,anak Datuk Zainuddin. Demi menjaga maruah keluarganya,Datuk Zainuddin sanggup melindungi Danish Arham dengan menghantarnya ke London dan anak sulungnya, Daniel Arman pula terpaksa bekorban mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang angkuh dan sentiasa bersangka buruk terhadap Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sehingga Nina melarikan diri.
Lima tahun kemudian dengan tidak sangka-sangka Nina bertemu semula
dengan suaminya, Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja
bergabung dengan syarikat Daniel Arman. Nina semakin tertekan bila dia
telah dipinjamkan oleh bosnya, Zachary kepada Danish Arman sebagai
pembantu peribadinya buat sementara waktu.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak
pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya
yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama
dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak
putus-putus mengharapkan cinta Nina.
Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan
inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara
untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah
menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun
tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.
kredit : infotaip.blogspot.com
9 Comments
Dengar sinopsis cerita agak menarik juga. tapi itulah kak pun tak berapa minat dengan lakonan si Dazrin ni....
ReplyDeletehaah sama lah kita kak Mala hihi :)
Deletesusah betul nak tengok drama...tapi perkongsian yang baik kak ana
ReplyDeletebiasalah aRz lelaki jarang layan drama ni kan :)
Deleteooo gitu citenya.. menarik gak..
ReplyDeletegitulah Lia kisah nya haha :)
DeleteBelum sempat tengok walaupun ada si cantik Atikah Suhaime.
ReplyDeletewah wah minat Atikah Suhaime rupanya , memang cun pun kan CP :)
Deletetengok sikit2 ja k.ana..tapi nampak best juga
ReplyDelete