Sandwich Telur dan Keju




Sandwich antara menu sarapan pagi yang paling mudah dan cepat untuk disediakan.Anak-anak ana juga suka membawa bekalan ke sekolah jika ada sandwich seperti ini.Senang, malam tu sediakan dan simpan dalam peti sejuk, pagi terus bawa ke sekolah.Hari ini ana berkongsi satu menu sarapan pagi yang ringkas dan cepat iaitu sandwich telur dan keju.



Bahan-bahan sandwich telur dan keju


Beberapa keping roti Gardenia 
Marjerin 
Telur di goreng lembut (tidak terlalu masak)
Kepingan keju (sliced cheese)
Mayo
Sos cili
Hirisan timun dan tomato

Penyediaan sandwich telur dan keju


Sapukan marjerin pada roti. Sebenarnya susunan didalam sandwich adalah penting supaya mendapat kombinasi rasa yang sedap.Ana mulakan dengan hirisan timun dan tomato, kemudian sapukan mayo di atas sayuran.Lapiskan dengan keju.Di atas keju baru letakkan telur goreng dan akhir sekali sos cili.In shaa Allah akan menikmati satu kombinasi rasa yang sedap paduan mayo,keju dan telur bersama sos cili.Siap.

Selamat mencuba adik-adik :) 

16 Comments

  1. mudah dan sedap plus kenyang... hehehehe

    ReplyDelete
  2. mudah dan sedap kegemran Dania kalu mama cuti dan berpeluang sediakan sarapan utk dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah Dania suka air tangan mamanya kan SA :)

      Delete
  3. hukk hukk.. tengah diet.. team leader tak bagi makan roti putih.. tengok sandwich kak ana ni rasa rinduuuuuuuuuuu kat roti putih.. huhuhuhuuu... :p

    *letak mayonis lebih skit... sedaaaapppnyaaa...*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ain senang je gantikan dengan roti serat..pun boleh kan hihi :)

      Delete
  4. CP selalu gak buat bekal macam ni. Tapi telur tu selalu dihancurkan.

    ReplyDelete
  5. Ingat kan mlm td nak meroti.
    buat stok sampai isnin.
    x jadi buat sebab tertido :-)

    ReplyDelete