Penginapan Selesa di Port Dickson
Sempena cuti hari kebangsaan yang lalu, ana bersama keluarga bercadang untuk ke Port Dickson sahaja memandangkan kak long cuti cuma tiga hari dan hari Isnin dah kena hantar balik ke Tapah.Lokasi terdekat dan kurang sesak pilihan kami ialah Port Dickson.Lagipun dah agak lama tidak ke sini.Setelah mencari beberapa hotel dan resort di sini melalui laman web Agoda, Trivago dan sebagainya, kebanyakkan telah penuh tempahan dan yang tinggal semua yang lima bintang.Bukan bajet kami lah tu.
Sampai di Port Dickson, pertamanya kami menyusuri jalan dan singgah ke beberapa hotel dan resort, manalah tahu kalau ada rezeki secara walk-in, namun dua tiga hotel telah penuh juga.Dan terpandang sebuah hotel di tepi jalan dari bandar Port Dickson ke Teluk Kemang iaitu Langit Langi Hotel.Ana ke kaunter penyambut tetamu dan Alhamdulillah kami dapat menyewa dua bilik dengan bajet yang sesuai.Ok jom ana kongsikan pengalaman menginap di Langit Langi Hotel Port Dickson.
Langit Langi Hotel,Port Dickson
kredit foto: langitlangi.blogspot.com |
Langit Langi Hotel beralamat di No 881, 882, 883 & 885, Jalan Pantai, Taman Mewah, 71000 Port Dickson.Merupakan sebuah botique hotel bajet yang selesa bertaraf tiga bintang dengan kemudahan lebih 50 bilik pelbagai jenis, kolam renang, cafetaria, wifi percuma dan sebagainya.Kami sangat berpuas hati dengan kebersihan bilik dan penginapan disini dan sesuai mengikut bajet yang ada ketika itu.Ia juga menyediakan sarapan pagi percuma di cafetaria.
Ruang lobi di Hotel Langit Langi, Port Dickson yang indah dan selesa bertemakan Arabian.
Di Langit Langi Hotel, Port Dickson juga terdapat kemudahan kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak yang dibuka setiap hari sehingga jam 10:00 malam.
Hari itu ana menyewa dua buah bilik iaitu sebuah standard room dengan kadar RM148 nett dan sebuah deluxe room dengan harga RM178 nett beserta sarapan pagi untuk empat orang.Kadar berubah mengikut cuti umum dan hari biasa (peak seoson) .
Untuk keterangan lebih lanjut lagi boleh lah ke laman web mereka di http://langitlangihotel.blogspot.com.
~berkongsi info disini~
31 Comments
Simple tapi menarik...
ReplyDeletebetul tu PC :)
Deleteaih..dah lama plak x pergi ke PD..padahal dekat je dengan Seremban
ReplyDeleteSA sebab dekat lah jarang nak pi tu kan :) hihi
Deletecantiknya lobby dia kaler purple! simple tapi nampak cozy sangat ana :))
ReplyDeleteTips untuk subur
kan lia, nampak arabian sangat style deco nya :)
Deleteassalam..
ReplyDeletejenjalan kat sini..menarik tempatnya
menarik Ija :)
Deletecantik hotel ni..rate pun ok..terima kasih kak Ana 4 info
ReplyDeletesama-sama CP :)
DeleteSeronoknya dapat bercuti..
ReplyDeletebercuti sekejap je SP :)
Deletebln 11 p
ReplyDeletewah enjoy yr holiday beat :)
Deletebelum pernah ke PD
ReplyDeleteIn Shaa Allah ada rezeki sampai lah kak mala nanti :)
Deletewow not bad, ana.
ReplyDeleteyg penting ada pool. bersih. selesa...
anak2 aida tu mesti nak berenang, maklum la umah xde pool kan ha ha :)
tq for sharing !
kan itu yang penting, bersih dan selesa :)
Deletecantik jugak ye.. tp dok PD tak pernah sewa lagi sbb untungnya ada kakak ipar duduk di sana...
ReplyDeletehaha untung banyak dah tu eyda tak yah cari hotel dah hihi :)
DeleteMenarik ni Ana.. kami yg dekat ni pun tak pernah tahu kewujudannya.. apa lagi nak sampai sini.. ok.. one fine day insyaaAllah..
ReplyDeletehehe kalau dekat lagi payah nak sampai kan SS :)
DeleteMenarik :)
ReplyDeletemenarik YS :)
DeleteCantik
ReplyDeletecantik dan selesa nor azman :)
DeleteSalam, wahhhhh cantiknyaaaaa hotel diaa...luar dalam cantik! Paling menarik kerusi2 kat situ, colorful dan unik..best!
ReplyDeletehaah Lynn deco bertema arabian yang cantik hotel ni :)
Deletelain dr lain deko dia..nmpk sntai...tpi cntikkk
ReplyDeletecantik ummul arabian concept :)
Deletecantik deko nya k.ana..best nya bercuti
ReplyDelete