Petua Kurangkan Pedih Ulu Hati atau Gastrik 


Gastrik atau pedih ulu hati ni kerap ana alami sejak dari remaja lagi.Tapi tidaklah terlalu serius sehingga memudaratkan kesihatan.Banyak punca atau sebab bagaimana boleh mendapat gastrik atau pedih ulu hati ni.Maaf ana tak dapat pastikan samada pedih ulu hati atau gastrik ni penyakit yang sama.Ana menulis dari pengalaman dan pembacaan sendiri sahaja.Rujuklah mereka yang pakar tentang istilah yang tepat .

Antara punca pedih ulu hati ni, menurut beberapa pendapat yang ana dengari ialah akibat makan makanan berasid seperti asam, kerap makan makanan yang pedas, perut kosong atau lapar dan sebagainya.Betullah tu, ana ni penggemar makan asam, tak boleh tak makan sambal yang pedas juga.Waallahu a'lam.Tetapi jika gastrik ni menyerang, memang pedih sangat rasa di dalam dada.Bila ana ceritakan di kalangan keluarga EFG, ana mendapat satu petua atau cara nak mengurangkan pedih ulu hati atau gastrik ni dari adinda Mas (www.masturadin.com ).Hari ini ana kongsikan semula disini semoga bermanfaat buat orang lain hendaknya.




Bagaimanakah mengurangkan gastrik atau pedih ulu hati ni


Caranya amat mudah, cuma perlua ada buah kurma dan susu segar. Ambil beberapa biji buah kurma dan kisar bersama susu segar.Tapis dan minum.In shaa Allah, ana sendiri telah mencuba petua ini dan ia berkesan pada ana untuk mengurangkan rasa pedih ulu hati yang ana alami.Amalkan selalu.

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah dan kita perlu yakin dengan apa yang diajar oleh Baginda Rasulullah saw tentang khasiat dan kebaikan semua makanan sunnah ini kan.Pastinya ia membawa kebaikkan kepada kita apabila memakannya.Susu segar juga baik untuk sistem pemakanan kita dan ana yakini gabungan kedua-dua makanan ini mampu mengurangkan pedih ulu hati atau gastrik.

Namun ana tak nafikan kebarangkalian ketidak sesuaian petua-petua sebegini kepada tubuh badan seseorang.Tak salah mencuba dan jika ia berkesan, Alhamdulillah.Walaupun tidak meghilangkan sepenuhnya penyakit gastrik yang di alamai namun bagi ana sendiri, ia dapat mengurangkannya secara perlahan.In shaa Allah.


~berkongsi petua mengurangkan pedih ulu hati disini~