Tugu Peringatan Negara


Bilaku bisikkan puisi cinta, dan tugu peringatan negara..antara lirik lagu dari kumpulan Alleycats yang bermain di kepala ketika berada di Tugu Negara petang itu.Singgah seketika untuk mengimbas bait-bait sejarah tanahair yang semakin dilupakan kewujudannya.Apakah masih wujud di kalangan anak muda kini semangat perjuangan yang dilakarkan sebagai monumen memperingati jasa perwira yang terkorban mempertahankan tanahair? Waallahu a'lam..

Bila ana berada disini memandang dekat patung-patung gangsa yang gagah mengibarkan Jalur Gemilang, membara semangat pertiwi dalam darah.Arwah tok Saidin , datuk yang ana sayangi sepanjang hayat salah seorang perwira yang sama mengangkat senjata menentang kekejaman komunis untuk memerintah tanahair.Arwah tok selalu bercerita tentang sejarah ini ketika ana kecil-kecil dahulu, betapa susahnya era itu, makan minum, sekolah dan segalanya tidak ketentuan.Namun Allah swt lebih mengetahui segalaNya.Mungkin darah satria yang menjadi warisan dalam diri ini membuatkan hati pilu sangat berada disini.

Ana tak berminat nak menulis kisah generasi hari ini disini..jemu,muak dan bosan dengan masing-masing mempertahankan pendapat.Ana lebih suka mengenang sejarah di mana kita bermula dan apa yang telah mereka korbankan demi tanahair.Bukan ahli  politik yang berjuang di medan perang, tetapi mereka dan termasuk arwah tok ana yang berada di medan pertempuran,bersabung nyawa dengan senjata.Allahu Akbar.





Sejarah Tugu Peringatan Negara



Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Febrauri 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918),  Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di Jalan Parlimen berhampiran Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Dibina pada tahun1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon.
  

 
Pintu masuk ke Tugu Peringatan Negara, masuk ke kawasan ini adalah percuma dan waktu lawatan sehingga jam 6 petang jika tak salah ana.Lupa pula mencari info tentang waktu lawatan.Ana kongsikan pemandangan sekitar kawasan Tugu Peringatan Negara.









Antara kata-kata yang terukir di kaki Tugu Peringatan Negara di dalam tulisan Jawi ialah "Memperingati perwira-perwira yang berjuang untuk menegakkan keamanan dari kebinasaa.Moga-moga Allah cucurkan Rahmat ke atas mereka".



Terdapat tujuh ukiran tembaga manusia di atas batu asas berbentuk segi empat panjang. Setiap ukiran melambangkan satu dari tujuh kualiti: keberanian, kepimpinan, pengorbanan, kekuatan, kesengsaraan, perpaduan dan kewaspadaan.

Ukiran paling atas di bahagian tengah memegang bendera Malaysia. Ia diapit di kiri dan kanan oleh dua lagi askar yang kedua-duanya bersenjata. Ukiran di sebelah kiri bersenjata senapang mesin manakala sebelah lagi memegang rifel dan bayonet.





Sumber rujukan entri: wikipeda dan  www.tourism.gov.my

20 Comments

  1. Dah lama rasanya PC tak ke tugu negara ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun PC, kebetulan lalu situ minggu lepas singgah sekejap bawa anak bergambar sambil dapat entri :)

      Delete
  2. tak penah sampai lagi kat tugu negara ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni zatie tinggal kat shah alam bolh lah jenjalan sini kan :)

      Delete
  3. Zaman 70an dulu pernah dibom oleh pengganas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak Mala, ana pernah terbaca tentang ni .

      Delete
  4. Pengorbanan mereka sangat besar buat negara. Harap pemimpin hari ini tidak sia siakan perjuangan mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah aRz, pejuang dulu tak mengharapkan apa-apa balasan, perjuangan ikhlas dan suci membebaskan tanahair dr penjajah dan komunis.

      Delete
  5. lamanya tak pegi tugu negara huhu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Suki, memang macam tak ada sebab tak pergi lah sana kan :)

      Delete
  6. ingat dulu kalau rombongan sekolah ke KL mesti singgah Tugu Negara. Cikgu sekarang bawak pi Sogo ngan KLCC hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan CP selain Muzium Negara :)

      Delete
    2. betul tu CP...patutnya kena bawa ke bukit kepong sama

      Delete
    3. Ok pasni buat lawatan pi Muzium Hantu lak kan hihi :) korang berdua jelah masuk, kakak tunggu kat luar je kay ..

      Delete
  7. Tugu negara ni saya pegi masa rombongan sekolah dulu2... dah besar panjang gini tak pi pulak... tapi bukan la maksud kita tak pi kita lupa pada jasa mereka... saya kalau tgk org pakai baju askar, polis rasa sayu sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Nora, kalau ada semangat tu lain rasanya bila bersua dengan mereka yang berjuang untuk tanah air tercinta .

      Delete
  8. Aida sendiri pernah gi skali.
    masa bujang.
    anak2 lom sempat dibawa :-) in shaa allah.

    ReplyDelete
  9. ahaa awal sebulan ye dtg sini ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah wak..ana sampai dulu sebelum wak hihi :)

      Delete