Pameran Racun dan Bisa 




Petang Sabtu kelmarin, kami ke Kuala Lumpur atas sesuatu urusan.Melalui di hadapan Muzium Negara, ana mengajak suami untuk singgah seketika, paling tidak pun dapat jugalah entri untuk blog anajingga.com atau pun pengisian di Instagram.Dah alang-alang lalu kan, tambahan pula ketika itu jerebu agak kuat di kota raya, tidak dapat melakukan aktiviti di luar, lebih baik kita jenjalan dalam bangunan sahaja.

Di salah sebuah galeri pameran sementara di hadapan Muzium Negara sedang berlangsung satu pameran Racun dan Bisa sejak dari 31hb Julai hingga 31hb Oktober ini.Masuk adalah percuma dan kami masuk sahaja lah ke sini.Menarik, banyak yang dapat kita pelajari tentang haiwan-haiwan berbisa dan beracun dari singgahan ke sini.Berikut ana kongsikan beberapa sudut yang sempat ana rakamkan kisahnya.

Satu sudut yang amat menarik perhatian ana ialah kisah tiga binatang berbisa yang pernah di ceritakan di dalam Al-Quran. Pastinya semut, lebah dan ular.Diceritakan sedikit penerangan tentang ayat-ayat Al-Quran yang berkisah tentang ketiga-tiga haiwan tersebut.


kisah semut di dalam al quran


Kisah Lebah di dalam Al-Quran


"Demi Tuhanmu mewahyukan kepada lebah,"buatlah sarang-sarang dibukit-bukit,di pohon-pohon kayu,dan di tempat-tempat yang dibuatkan manusia,"kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).Dari perut lebah itu keluar minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan ." :- An-Nahl 68-69


Kisah Semut di dalam Al-Quran

 

klik gambar untuk besarkan

 

Kisah Nabi Musa a.s dan ular di dalam Al-Quran

 


klik untuk besarkan gambar


Selain itu di satu sudut yang agak menarik perhatian ana dan pengunjung lain juga ialah kisah Mendusa si Ratu Ular. Adik Ika pernah tahu tentang kisah epik ini dari salah filem yang pernah di tontonnya sebelum ini.

Kisah Mendusa si Ratu Ular 

 



klik untuk besarkan gambar



Menarik kan, sesekali mengetahui kisah-kisah disebalik cerita epik dan kisah benar yang terkandung didalam Al-Quran sebagai ulangkaji minda di samping mengajar anak-anak mengenali pelbagai makhluk liar dan bisa yang wujud di alam semesta ni.Di sini juga di pamerkan beberapa jenis haiwan reptilia dan exotic yang jarang dapat kita lihat dengan mata kasar kerana takut untuk di dekati.Antaranya pelbagai jenis ular, haiwan air, labah-labah tarantula pelbagai spesis dan macam-macam lagi di pamerkan di dalam kotak-kotak kaca.Ana memang tak berani lah nak mendekati reptilia sebegini tetapi Adik Ika memang selamba je melihatnya.

Ia merupakan satu pengalaman yang menarik dan secara tidak langsung dapat beberapa ilmu atau fakta yang sebelum ini tidak kita ketahui atau tidak pernah ambil tahu pun tentangnya.Jika berkesempatan ke Muzium Negara, Kuala Lumpur sebelum 31hb Oktober ni, bolehlah menyaksikan pameran secara percuma ini.


~berkongsi pengalaman di sini~