Racun Dan Bisa
Pameran Racun dan Bisa
Petang Sabtu kelmarin, kami ke Kuala Lumpur atas sesuatu urusan.Melalui di hadapan Muzium Negara, ana mengajak suami untuk singgah seketika, paling tidak pun dapat jugalah entri untuk blog anajingga.com atau pun pengisian di Instagram.Dah alang-alang lalu kan, tambahan pula ketika itu jerebu agak kuat di kota raya, tidak dapat melakukan aktiviti di luar, lebih baik kita jenjalan dalam bangunan sahaja.
Di salah sebuah galeri pameran sementara di hadapan Muzium Negara sedang berlangsung satu pameran Racun dan Bisa sejak dari 31hb Julai hingga 31hb Oktober ini.Masuk adalah percuma dan kami masuk sahaja lah ke sini.Menarik, banyak yang dapat kita pelajari tentang haiwan-haiwan berbisa dan beracun dari singgahan ke sini.Berikut ana kongsikan beberapa sudut yang sempat ana rakamkan kisahnya.
Satu sudut yang amat menarik perhatian ana ialah kisah tiga binatang berbisa yang pernah di ceritakan di dalam Al-Quran. Pastinya semut, lebah dan ular.Diceritakan sedikit penerangan tentang ayat-ayat Al-Quran yang berkisah tentang ketiga-tiga haiwan tersebut.
Kisah Lebah di dalam Al-Quran
"Demi Tuhanmu mewahyukan kepada lebah,"buatlah sarang-sarang dibukit-bukit,di pohon-pohon kayu,dan di tempat-tempat yang dibuatkan manusia,"kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).Dari perut lebah itu keluar minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan ." :- An-Nahl 68-69
Kisah Semut di dalam Al-Quran
![]() |
klik gambar untuk besarkan |
Kisah Nabi Musa a.s dan ular di dalam Al-Quran
![]() |
klik untuk besarkan gambar |
Selain itu di satu sudut yang agak menarik perhatian ana dan pengunjung lain juga ialah kisah Mendusa si Ratu Ular. Adik Ika pernah tahu tentang kisah epik ini dari salah filem yang pernah di tontonnya sebelum ini.
Kisah Mendusa si Ratu Ular
![]() |
klik untuk besarkan gambar |
Menarik kan, sesekali mengetahui kisah-kisah disebalik cerita epik dan kisah benar yang terkandung didalam Al-Quran sebagai ulangkaji minda di samping mengajar anak-anak mengenali pelbagai makhluk liar dan bisa yang wujud di alam semesta ni.Di sini juga di pamerkan beberapa jenis haiwan reptilia dan exotic yang jarang dapat kita lihat dengan mata kasar kerana takut untuk di dekati.Antaranya pelbagai jenis ular, haiwan air, labah-labah tarantula pelbagai spesis dan macam-macam lagi di pamerkan di dalam kotak-kotak kaca.Ana memang tak berani lah nak mendekati reptilia sebegini tetapi Adik Ika memang selamba je melihatnya.
Ia merupakan satu pengalaman yang menarik dan secara tidak langsung dapat beberapa ilmu atau fakta yang sebelum ini tidak kita ketahui atau tidak pernah ambil tahu pun tentangnya.Jika berkesempatan ke Muzium Negara, Kuala Lumpur sebelum 31hb Oktober ni, bolehlah menyaksikan pameran secara percuma ini.
~berkongsi pengalaman di sini~
41 Comments
patung medusa pun ade sekali, macam dlm movie clash of the titans.
ReplyDeletebelum berkesempatan lg nak p sana.huhu
oo dalam filem tu lah ye nick, ada anak kak ana cerita semalam :)
Deletemenarik betul kak ana.. teringin nak pergi juga...
ReplyDeletekalau eny ke kl dalam masa terdekat boleh lah ke sini kan :)
DeleteSangat menarik. Pameran yang jarang-jarang kita dengar kan..
ReplyDeletetu lah SP kebetulan kak ana ke sana sabtu lepas :)
Deletewah..menarik ni kak ana.....x pernah lagi SA dengar pameran macam ni
ReplyDeletehaah SA unik sekali :)
Deletenampaknya banyak daya tarikan, namun entah mengapa ... tiada kesempatan hendak ke sana..
ReplyDeletetak ada rezeki lagi nak sampai ke sini agaknya YB :)
DeleteBestnya pengalaman ana tu..menarik
ReplyDeleteterima kasih JDAM :)
Deleteterima kasih kak ana kongsi..alhamdulillah..
ReplyDeletesama-sama PC :)
DeleteSubahanallah satu perkongsian maya yang amat2 hebat..infor sejarah nabi yang perlu genarasi kini ketahuinya...terbaik ya Ana J..SEO naik grafik akan ramai klik pastinya.tahnia ya
ReplyDeleteIn Shaa Allah etuza :)
DeleteBagusnya pameran ini..bertambah ilmu kan..
ReplyDeletebetul tu ummul banyak yang kak ana pelajari tanpa disedari, alhamdulillah :)
DeleteJangan lupa pakai face mask ye ~
ReplyDeletesana teruk kan...
terima kasih Zaf :)
DeleteAlhamdulillah,jerebu kat KL dah kurang sikit..hehe (tolong jawab)
DeleteBagus pameran macam ni.. dapat jugak membuka minda...
ReplyDeleteNak baca tafsir, tak berapa nak paham.. sobbb
betul tu Zaf, sambil menambah ilmu secara terus macam ni kan :)
DeleteWah, menariknya pameran macam nie, kalau dekat Zumal dah terjah ^-^
ReplyDeletetu lah zumal jauh kan dari sana :)
DeleteLawa props pameran ni.. Mummy suka! Ada masa nak meround la
ReplyDeletejom mummy ronda2 muzium pula :)
DeleteMedusa pun termasuk dalam pameran ye? Wah. Kena pergi tengok ni. Sebab Medusa ni boleh kata femes. In movie, selalu jadi simbol kejahatan melampau.
ReplyDeletehaah Sha ada, kisah Medusa si ratu ular ni, anak kak ana yang kenal watak ni dalam filem ,kak ana tak tahu pun hihi :)
Deletebest nyerr kalau dapat pegi..banyak info kite leh dapatkn..
ReplyDeletehaah zatie, kak ana pun kebetulan singgah ke sana sabtu lepas :)
Deletebagus muzium kita skrang ni Kak Ana.. pameran mmg rajin ubah2..
ReplyDeletedulu2 macam krik2 sikit.. paling tak berkenan yang pameran antoo ahaha..
haah kan CT, samalah kak ana kalau pameran antoo memang tak akan masuk lah walaupun antoo cun macam maya karin hihi :)
Deletemenarik pameran ni...unik! boleh plak tangkap gambar ye kak ana?
ReplyDeleteboleh je Sal, sebab tak ada pak guard pun hihi :)
Deletexsuka ular. trngok pon dah geli
ReplyDeletesamalah Sal, kak ana pun tak suka, adik Ika selamba je pi tengok alahai.:)
DeleteEh!! ada patung medusa sekali ye.. Suka cerita epik2 cam medusa nie..
ReplyDeleteKalau x sha pun singgah gak muzium bawa student tapi last minti tukar tempat...
oo ye ke Sha, haah ada kisah epik mendusa ni di pamerkan :)
Deletemenariknyerr ;p
ReplyDeletemenarik wakk..macam-macam ada :)
Delete