Halwa Agar-agar Kering

 


Cantik sangat dan unik sekali hasil tangan yang di hasilkan ke atas sejambak bunga ros daripada halwa agar-agar kering. Ini salah satu hantaran dari pihak pengantin perempuan dua pupu ana minggu lepas yang sangat menarik perhatian ana untuk di kongsikan di anajingga.com hari ini. Pastinya bukan satu kerja yang mudah untuk membuat satu gubahan dari halwa agar-agar ni.Kagum kerana ia merupakan salah satu kuih tradisional Melayu yang semakin di pinggirkan.

Ana teringat satu ketika dahulu, setiap kali menjelang Hari Raya, arwah mak saudara ana, suka sangat membuat halwa agar-agar ni. Ia seperti candy yang manis dan keras. Bahannya mudah cuma agar-agar, gula dalam kuantiti yang agak banyak dan pewarna yang berwarna warni. Namun prosesnya agak lama kerana perlu di masak sehingga pekat kemudian di jemur di bawah matahari sehingga kering dan keras. 

Kini tak banyak kita temui lagi halwa agar-agar ni di ketika Hari Raya atau pun sebagai hantaran. Selain dari halwa agar-agar satu lagi yang agak terkenal untuk di jadikan hantaran di gubah sebagai kuntuman bunga ialah halwa betik muda. Sangat menarik untuk di ketengah kan semula makanan tradisional Melayu kita. In Shaa Allah.