Laluan Alternatif Kuala Lumpur - Pantai Timur 



kredit foto: facebook 

Entri ini, ana kongsikan ketika terjumpa dari salah seorang rakan FB yang berkongsi tentang laluan alternatif dari Kuala Lumpur ke Bentong, Raub dan Gua Musang ketika lebuhraya Karak yang merupakan satu-satu laluan utama menghubungkan Kuala Lumpur ke destinasi di pantai timur di tutup kerana kejadian tanah runtuh dua hari lepas. Sebenarnya selain lebuhraya Karak, terdapat juga laluan selari dengannya iaitu ana panggil jalan lama KL-Karak, namun ia juga tidak dapat di lalui pada ketika kejadian.

Tidak seperti haluan ke utara terdapat banyak jalan-jalan alternatif lain, untuk ke pantai timur sekiranya tidak melalui lebuhraya Karak, ia perlu mengikut jalan-jalan lain yang agak jauh dan mengambil masa yang panjang untuk sampai ke destinasi. Bayangkan sahaja perjalanan dari Bentong ke Kuala Lumpur melalui lebuhraya Karak yang hanya mengambil masa 45 minit (jika tiada kesesakan trafik), tetapi jalan alternatif yang ada di kongsikan di dalam rajah di atas pastinya mengambil masa yang lebih lama.Ia terpaksa melalui Bentong-Kuala Pilah-Seremban dan baru ke Kuala Lumpur.

Walaubagaimana pun, ia hanyalah salah satu jalan alternatif sekiranya terdapat bencana seperti yang berlaku dua hari lepas di mana lebuhraya Karak tidak dapat di lalui langsung.Mudah-mudahan dipermudahkan bagi mereka yang terpaksa menempuh perjalanan sebegini dan selamat sampai ke destinas,In Shaa Allah.

Terdapat juga beberapa laluan alternatif lain dari http://www.malaysiatercinta.com/2015/07/laluan-alternatif-pantai-timur.html . Ia lebih kepada laluan alternatif ke pantai timur di musim perayaan yang boleh juga di jadikan panduan bersama.


18 Comments

  1. tahnkas info.. bgus untuk yg nak balik ke sebelah sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik EN boleh diguna sebagai rujukan di masa akan datang nanti juga kan .

      Delete
  2. tq Ana..diatas info ini. sangat membantu pemandu yang melalui laluan ini..

    ReplyDelete
  3. Jauh sebab berpusing balik tu. Rasanya makan amsa 3 jam lebih jugak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Sha, melecung jauh tapi itu sahaja alternatif yang ada kan.

      Delete
  4. nasib baik jalan dah mula dibuka kan

    ReplyDelete
  5. Bior lambat sampai kak asalkan selamat...info pasal laluan ni amat berguna pada yg selalu je ulang alik ke pantai timur...

    ReplyDelete
  6. harap2 kejadian seperti ni tak berlaku lagi

    ReplyDelete