Ermm bukan nak merungut atau mengeluh tapi ana juga manusia yang tak lari dari kesangsian dan pasti ada keluhan bila hidup makin terbeban. Pengangkutan utama suami ke tempat kerja dengan jarak lebih 30km sehala setiap hari pastinya menggunakan pengakutan awam. Jika memandu lebih banyak kos yang akan terlibat, minyak, tol dan penyelenggaraan kenderaan. Menunggang motorsikal pula memang ana tak benarkan demi faktor keselamatan yang amat berisiko. Pilihan yang paling ekonomi ialah menggunakan perkhidmatan komuter. Dan disebalik kenaikan semua laluan tol, Komuter juga telah dinaikkan kadar tambangnya. Bertabahlah...kerana kami golongan marhaen ini memang tiada pilihan lain kan...







TAMBANG BARU KTM KOMUTER BERMULA 2 DISEMBER 2015


Berikut adalah jadual bagi tambang baru perkhidmatan KTM Komuter ... Klik pada link bagi mendapatkan detail tambang baru...
1. Tunai (Cash)
http://homepage.ktmb.com.my/images/TunaiDec.pdf

2. Tanpa Tunai (Cashless) - Touch 'n Go
http://homepage.ktmb.com.my/images/TanpaTunaiDec.pdf

3. Mingguan (Weekly)
http://homepage.ktmb.com.my/images/MingguanDec.pdf

4. Bulanan (Monthly)
http://homepage.ktmb.com.my/images/BulananDec.pdf

5. Konsesi (Concession) - Kanak-Kanak/Children,Warga Emas/Senior Citizens, OKU/Disable, Pelajar/Students,Kanak-Kanak/Childrens (2-6 Tahun/Years).
http://homepage.ktmb.com.my/images/KonsesiDec.pdf



Sumber : KTMB