Ermm bukan nak merungut atau mengeluh tapi ana juga manusia yang tak lari dari kesangsian dan pasti ada keluhan bila hidup makin terbeban. Pengangkutan utama suami ke tempat kerja dengan jarak lebih 30km sehala setiap hari pastinya menggunakan pengakutan awam. Jika memandu lebih banyak kos yang akan terlibat, minyak, tol dan penyelenggaraan kenderaan. Menunggang motorsikal pula memang ana tak benarkan demi faktor keselamatan yang amat berisiko. Pilihan yang paling ekonomi ialah menggunakan perkhidmatan komuter. Dan disebalik kenaikan semua laluan tol, Komuter juga telah dinaikkan kadar tambangnya. Bertabahlah...kerana kami golongan marhaen ini memang tiada pilihan lain kan...







TAMBANG BARU KTM KOMUTER BERMULA 2 DISEMBER 2015


Berikut adalah jadual bagi tambang baru perkhidmatan KTM Komuter ... Klik pada link bagi mendapatkan detail tambang baru...
1. Tunai (Cash)
http://homepage.ktmb.com.my/images/TunaiDec.pdf

2. Tanpa Tunai (Cashless) - Touch 'n Go
http://homepage.ktmb.com.my/images/TanpaTunaiDec.pdf

3. Mingguan (Weekly)
http://homepage.ktmb.com.my/images/MingguanDec.pdf

4. Bulanan (Monthly)
http://homepage.ktmb.com.my/images/BulananDec.pdf

5. Konsesi (Concession) - Kanak-Kanak/Children,Warga Emas/Senior Citizens, OKU/Disable, Pelajar/Students,Kanak-Kanak/Childrens (2-6 Tahun/Years).
http://homepage.ktmb.com.my/images/KonsesiDec.pdf



Sumber : KTMB

24 Comments

  1. bertabahlah kan.... hari ahad pegi ampang dari lrt gombak..sebelum ni RM4.40 skrg dah RM5.10.. KTM jarang sikit guna... klau naik pon dari kl sentral nk pi midvalley..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah IY, semua pakat naik tanpa sedikit pun rasa belas ehsan, kenaikan bukan sedikit pula tu :(

      Delete
  2. Replies
    1. LRT, Komuter semua pakat naik tambangnya dah laa ni Zumal :(

      Delete
    2. Tu la sedih bagi Zumal yg tak ada kereta nie...

      Delete
    3. In Shaa Allah ada rezeki nanti adalah kereta Zumal sendiri..aamiin :)

      Delete
  3. Apa lagi selepas ini untuk kita tanggung? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak cik , sampai dah malas nak tengok berita sebab setiap kali berita pasti ada yang menaikkan darah je :(

      Delete
  4. adeh ! asyik naik ja ni..

    letih ~~~

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ana..semua benda naik skg ini...rakyat juga yg hidup menderitanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, itulah hakikatnya kita golongan marhein ni.. :(

      Delete
  6. jom kita pindah bulan sis, semua benda nak naik

    ReplyDelete
  7. SEDIHNYA.. SUME BENDA NAIK.. HARAP GAJI PON NAIK JUGAKLA

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah harapan yang ada, namun Raz kenaikan gaji tak setimpal dengan kos sara hidup yang semakin meningkat laa ni :(

      Delete
  8. CP memang pengguna public transport..kena cari duit lebih la pasni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang wajar CP kena cari part time job lah lepas ni kan :(

      Delete
  9. Hmmm naik lagi? Kesian rakyat mahrein terpaksa bertungkus lumus untuk menanggung kos lebihan pengangkutan awam...Sepatutnya la kerajaan yang di pilih oleh rakyat membantu mengurangkan kos sara hidup tetapi sebaliknya...Lumrah alam...

    Assalamualaikum....Nak jemput tuan blog & pengomen setia untuk memeriahkan giveaway MYiDEAKiNi yang sedang berlangsung...Jemput yer...

    http://www.myideakini.com/2015/11/myideakinicom-random-rm200-bloglist.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam ..terima kasih singgah dan in shaa allah kak ana akan cuba join GA nanti :)

      Delete
  10. ermm... baru nak try jimatkan duit guna public transport.. jadi cenggini pulak.. adeih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. golongan marhein kini sudah tiada pilihan lain JB :(

      Delete