Kan main tajuk ye, lagu Zamani Slam gituuu.. Bukan rindu apa pun, sebenarnya lama dah ana tinggalkan kebun herba sekangkang kera belakang rumah ni. Musim hujan ni lagilah tak keluar ke belakang. Rumput dah makin meninggi, nak merumput pun tak sempat, petang-petang hujan, Alhamdulillah nikmat dariNya juga. Jangan merungut... Namun beberapa hari lepas sempat jugalah jengok kebun. Itupun apabila jiran ana, Zura suruh petik buah mangganya yang banyak berguguran. Sayang kalau tak ada orang nak ambil makan, banyak yang gugur sebab hujan lebat aganya.Tak sempat nak masak ranum lagi. Mangga muda ni memanglah, kesukaan ana sangat-sangatlah.Sambil tu jengok kebun yang terbiar sepi tu.Masih segar-segar tanaman yang ada.


Pokok Sireh 


Tanaman Herba 


Paling seronok bila ana lihat pokok sireh telah merimbun segar. Alhamdulillah, sebenarnya agak payah nak menamnam benih sireh ni. Dah beberapa kali percubaan ana ambil benih dan tanam, banyak kali juga kecundang. Hidup tapi kurus dan lama-lama pupus. Tapi bila melihat daunnya semakin melingkar dan seronok rasanya. Daunnya pun lebar-lebar dah. Daun sireh ni banyak khasiatnya untuk kita kaum wanita khususnya. Sering ana rebus daun sireh dan gunakan airnya yang suam-suam tu untuk basuhan dalaman wanita. Segar dan dapat menghilangkan masalah keputihan. Ini secara semula jadi tanpa campuran bahan-bahan lain. Petua arwah opah yang masih ana amalkan. 


Pokok cekur 


Ini pula pokok cekur atau daun cekur. Ana tanam dalam pasu sahaja di belakang rumah. Benih diberi oleh jiran yang berbangsa cina. Katanya isi cekur ni baik untuk membuang angin dalam badan. Tak pernah lagi ana gunakan isi cekur ni, namun daunnya memang agak wangi sedikit aromanya.




Hat ni yang baru ana tanam beberapa hari lepas, pokok daun sup. Sempena menyahut cabaran bapak menteri yang menyuruh kita menggantikan pokok bunga dengan sayur kalau nak jimat katanya. Erm projek pertama, ana tanam daun sup..lepas ni setahun tak perlu membeli daun sup.Kan dah jimat..lahhhh sangattt.. :)
Tak tahu lah berapa hari boleh tahan pokok daun sup ana ni. 


daun kunyit
Pokok Kunyit 


Pokok kunyit ni dahulunya ketika musim kemarau memang sudah pupus pokoknya. Ana ingat kan dah mati namun dengan izinNya, selepas musim hujan ni, ia kembali tumbuh dan subur.Alhamdulillah.Mungkin isinya masih hidup di dalam tanah.


Pokok Lengkuas 



Paling senang dan banyak tumbuh di kawasan belakang rumah ana ni ialah pokok daun kari. Merebak dah anak-anaknya tumbuh di sekitar pokok asal ni. Ana memang jarang masak kari di rumah sebab kurang mendapat sambutan dari anak-anak dan suami.Namun pokok daun kari ni teramat subur. Ana sering kali mencantas dahannya apabila ia semakin meninggi. Bimbang ia akan menjadi terlalu besar dan susah untuk di kawal nanti.


Pokok Pandan


Pokok daun pandan ni memang wajib ada di rumah. Sebabnya bila hendak memasak kuih muih tradisional Melayu, kita banyak menggunakannya sebagai penambah aroma. Alhamdulillah jambangannya cukup lah untuk kegunaan kami sekeluarga.




Paling seronok apabila melihat pokok bunga kantan kembali berbunga. Sejak dua menjak ni, pokok kantan memang dah lama tidak menguntumkankan kelopaknya. 




Inilah pokok mangga muda Zura, jiran ana, yang sedang lebat berbuah. Seronok memetiknya di petang hari. Apa lagi buat cicah dengan kicap, cili api dan gula.Ermm memang asyik sekali walaupun kembang pipi menahan masam.




Dan akhir sekali gambar pokok markisa yang baru nak menjalar di tepi pagar belakang rumah ana.Mudah-mudahan dengan izinNya dapatlah merasa buahnya nanti, In shaa Allah. 

22 Comments

  1. wah..besnye ade pokok bunge kantan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Mas, sebelum ni dah lama tak berbunga, baru ni kembali subur :)

      Delete
  2. Banyak juga hasil tanaman ana tu..
    Selute akak dgn ana..
    Akak pun dah lama tak menjenguk tanaman sekangkang kera tu hehehe..
    Alhamdulillah hari hujan.. mana yg hidup segan mati tak mahu tu.. kembali menunjukan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CH, lama dah sebenarnya tak menjengok belakang rumah ni, haha samalah sekangkang kera tapi macam-macam nak tanam kan hihi :)

      Delete
  3. Bestnye kak memacam pokok ada..kalau nak pakai time masak tu petik je...rajin la akak ni saya selalu tanam kat pasor je time petik kene hulur duit dulu...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lah sikit Malinda, untuk masak harian tu lepas lah kan :)

      Delete
  4. banyak jgk hasil tanaman kak ana...seronok je sha tgk...hihhi..jimat pon yea,.rajin sggh kakak sorg neh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tak lah banyak sangat Sha, lepas lah nak masak-masak :) bahan asas je .

      Delete
  5. Memang rajin sangat la nak tanam semua ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanam dah lama SP, cuma sekarang ni kak ana kembali ke kebun yang terbiar sepi tu :)

      Delete
  6. Markisa...yay..rajin akak tanam2 pokok ni..teringin nak tanam2 juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. markisa ni belum lagi nampak hasilnya anis :)

      Delete
  7. Ok.. dalam banyak2 tuh yang paling sha geram dan berkenan, buah mangga tuh.. Ohsem sangat..

    ReplyDelete
  8. pokok markisa tu...macam best...air markisa pernah minum sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum berbuah lagi aRz, kak ana kuang suka pula air markisa ni :)

      Delete
  9. bagus juga ada tanaman herba....jimat apa yang boleh dijimatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. jimat jugalah untuk masakan asas lepas dah aRz :)

      Delete
  10. banyaknya herbs.. berbudi pada tanah xkan pernah rugi..
    tapi ceq jeling2 gak mangga2 tu semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi, CT nampak hat mangga masam tu jer ye :)

      Delete
  11. wow inspiring!!!
    aida simpan hasrat nanti umah baru nak tanam menanam.
    semua yg berguna utk masak memasak ler :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. all the best aida, in shaa allah boleh tuu nanti :)

      Delete