Hari ini ana nak kongsikan resepi menu recycle. Baru-baru ini, ana masak bubur kacang hijau, cadangnya nak masukkan isi durian, namun bila dah siap rebus kacang hingga empuk, saat nak masukkan santan dan durian, ana buka peti sejuk, rupanya durian yang ana simpan dalam bekas tupperware tu dah kena makan.. bila suruh Detective Conan siasat rupanya cik abe kita yang makan sebelum pi kerja pagi tadi. Redha je laa kan..Akhirnya ana masakkan juga bubur kacang hijau tanpa durian. 

Almaklumlah makan bertiga, bubur kacang hijau ni memang muai, sikit pun jadi banyak kan. Dah dua hari simpan dalam petisejuk pun tak berjamah dah. Sayang uii, penat merendam, merebus sampai empuk tuu...Ana fikir punya fikir baik ana jadikan agar-agar, mana tahu laku pula kan.Dan akhirnya tercetuslah inovasi idea dari bubur kepada agar-agar kacang hijau.Jom ana kongsikan resepi mudah ni.

Agar-agar kacang hijau




Mudah sangat nak sediakannya.Mula-mula ana blend kan semula bubur kacang yang tersimpan dalam peti sejuk tu.





Didalam periuk rebus dahulu agar-agar dengan sedikit air untuk menghancurkannya.Masukkan kacang hijau, tambah kan gula dan santan untuk melemakkannya semula.




Didihkan semula didalam periuk dan kacau selalu.Sejukkan dan bolehlah dipotong-potong untuk juadah seisi keluarga. Mudahkan..jadi jika ada bubur kacang, bubur jagung atau bubur apa jua jika tak habis kita recycle semula jadikan menu baru... :)



28 Comments

  1. kalau ada lebihan bubur kacang bolehlah buat agar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raihanah, bukan bubur kacang sahaja, bubur lain pun boleh kita recycle kan hihi :)

      Delete
  2. Betul jugak kan daripada membazir baik buat macam ni. Sedapnya kak Ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah nani, kak ana terfikir pula nak recyclekan bubur yang tak habis ni :)

      Delete
  3. haah kan kadang2 mesti ada je lebih bubur kacang dalam petiais...sampai kering kekadang tu...kikiki...tq for resepi kak lain kali bleh cuba dan tak perlu membazir lagi...muah ciket :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa pasalnya malinda, selalu sangat buat bubur tak habis sekali makan je kan..:)

      Delete
  4. hahaha... 1st time dengar agar-agar kacang hijau..tapi serius nampak sedap..wah!!

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  5. terasa sejuk je anak tekak ni...good!kalo saya paling kuat masukkan dalam plastik aiskrim..bekukan..jdlah aiskrim kacang hijau

    ReplyDelete
  6. walaupun tak jadi bubur kacang hijau bersama durian, agar-agar kacnag hijau ni pun sedappp 😋😋😋

    ReplyDelete
  7. wahhh...macam sedap je..nak try buat lah..

    ReplyDelete
  8. dalam rumah ni saya sorang je yang suka makan bubur..tapi saya buat untuk 2,3 hari simpan dalam peti sejuk.suka makan sejuk2..heheh..jadi tak de la nak kena recycle..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh gak tu D, dah sejuk dah jadi ala-ala aiskrim gitu kan :)

      Delete
  9. Musim panas ni agar2lah paling sedap n laku. Sejukkan tekak..

    ReplyDelete
  10. xpenah tgk org buat agar2 perisa ni...kreatif..

    ReplyDelete
  11. eeiii.. perut tengah lapar pulak terbaca entry ni.. menyiksa jiwa betul... huhuhu...

    ReplyDelete
  12. Bubur kacang hijau tu feveret Cik Nad dari dulu lagi..tp tak pernah terfikir pun lebihannya boleh buat puding..menarik idea ni!

    ReplyDelete